Shopping Mall di Dongdaemun (DOOTA)
Ji Kyung merasa sangat bosan di asrama. Oleh kerana terlampau bosan, dia mengajak Rue untuk menemaninya pergi membeli-belah di DOOTA. Tetapi, Rue menolak tawaran Ji Kyung kerana dia ingin menonton rancangan kegemarannya iaitu RUNINGMAN. Tanpa melengahkan masa, Ji Kyung mengambil keputusan untuk pergi seorang diri. Setibanya dia di hadapan DOOTA, dia berharap agar tidak bertemu dengan sesiapa yang boleh membuatkan moodnya hilang. Setelah hampir 2 jam setengah di dalam DOOTA, dia menerima panggilan daripada Rue yang ingin memesan sehelai baju gaun putih yang eligen untuk digunakan semasa hari jadi kawannya. Dia juga memesan kepada Ji Kyung untuk membelikan sebuah beg tangan sebagai hadiah kawannya. " Kau ni Rue, tadi aku ajak untuk ikut aku, kau tak nak. Sekarang kau pesan macam-macam. Kau ingat aku ni pembantu peribadi kau ke? Nasib baik la aku bawa duit lebih. Kalau tidak, you must say good bye to your White Dress and your present." bebel Ji Kyung sambil menuju ke sebuah butik. Ketika dia sedang berbual dengan Rue di talian, dia telah terlanggar seseorang. " Maaf encik, saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Maaf ya..... " mohon Ji Kyung dengan harapan lelaki tersebut memaafkannya. Dengan rasa bersalah, Ji Kyung menghulurkan tangannya untuk membantu lelaki tersebut bangun. " Awak buta ke? Saya yang sebesar ini pun awak tak nampak ? Lain kali, kalau nak berbual dalam talifon berpada-pada. Jangan sampai tak nampak orang sekeliling." bebel lelaki tersebut. Setelah lelaki tersebut mengangkat kepalanya, Ji Kyung seolah-olah tidak percaya bahawa dia boleh berjumpa lagi dengan Kwangmin. Dia merasa sangat rimas kerana dia sering terserempak dengan Kwangmin. "Apa awak buat dekat sini? Dan lagi satu, macam mana awak boleh ada semasa majlis hari jadi Cikgu saya? Awak ni stalker ke?" tanya Ji Kyung dengan tenang. "Awak ingat Shopping Mall ni, awak yang punya. Awak ingat, awak sorang sahaja boleh shopping dekat sini. By the way, saya ada semasa majlis hari jadi itu, sebab saya sedang berkerja sambilan sebagai pelayan di majlis itu. Awak tu je yang takut sangat nampak saya. Saya ni macam perogol bersiri ke, sampai awak lari bila nampak saya. Hari ini pun awak nak lari jugak ke? Cuba awak jelaskan sikit sebabnya." balas Kwangmin sambil mempamirkan riak muka seperti jejaka tampan. " Oh ya? Saya tak tahu pun awak kerja sambilan sebagai pelayan masa itu. For you information, saya sebenarnya terkejut masa itu, sebab itu saya lari. Kalau awak kata muka awak macam perogol bersiri, saya rasa saya setuju. Sebab, bila nampak awak, saya rasa sedang berjumpa dengan singa yang kelaparan. Hehehe.... Dan lagi satu, sebenarnya saya dah lama tak ada kawan lelaki. That why, saya rasa janggal bila dekat dengan lelaki. Sekarang dah jelas?" terang Ji Kyung dengan harapan perbualannya dapat ditamatkan dengan segera. " Sedap mulut awak cakap saya macam singa yang kelaparan. Awak nak sangat tengok saya macam itu?" balas Kwangmin dengan niat ingin menakutkan Ji Kyung. "Kalau awak berani sangat, cubalah buat macam itu. Saya akan tendang awak seperti mana saya menendang budak jahat pada hari itu. Kalau awak nak merasa tendangan saya itu, saya memang mengalu-alukannya." balas Ji Kyung sambil tersenyum sinis. Tanpa menghiraukan kata-kata Ji Kyung, Kwangmin menarik Ji Kyung ke butik yang dia ingin pergi. Dia menyuruh Ji Kyung mencuba semua pakaian yang dia akan pilih untuk Ji Kyung. Semasa Kwangmin menarik tangannya, degupan jantungnya menjadi tidak stabil. Dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Setelah siap mencuba semua pakaian yang di pilih oleh Kwangmin, dia cuba melarikan diri dengan senyap. Tetapi, usahanya sia-sia kerana Kwangmin lebih peka daripada yang dia sangka. Dengan tidak teragak-agak, Kwangmin menarik tangan Ji Kyung untuk membawa Ji Kyung ke sesuatu tempat. Dia sengaja berbuat seperti itu kerana dia ingin menjadi lebih rapat dengan Ji Kyung. Semasa dalam perjalanan, Ji Kyung tidak berhenti-henti membebel kepadanya. Tetapi, dia memekakkan telinganya. Setibanya mereka ke tempat tersebut, Kwangmin menutup mata JiKyung dengan tangannya supaya tidak dapat melihat tempat tersebut. Apabila tangannya dilepaskan, Ji Kyung merasa seolah-olah tidak percaya bahawa dia sedang berdiri dihadapan Lotte World. Lotte World adalah salah satu tempat yang ingin dia pergi. Kegembiraan Ji Kyung sangat terserlah. Kwangmin merasa gembira kerana dia dapat melihat senyuman Ji Kyung yang tidak pernah dilihat olehnya selama ini. Semasa dia melihat senyuman Ji Kyung, dia merasakan sesuatu perasaan yang selama ini telah pudar sejak dia putus dengan bekas kekasihnya. Tanpa melengahkan masa, dia menarik Ji Kyung ke dalam dan menghabiskan masa mereka hingga petang. Setelah puas mencuba semua permainan di Lotte World, Kwangmin mengajak Ji Kyung pergi ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut mereka. Semasa di Lotte World, Kwangmin sempat mengambil gambar Ji Kyung secara senyap untuk di simpan. Tanpa mereka sedari, mereka menjadi semakin rapat. Ji Kyung juga bertukar nombor telifon dengan Kwangmin supaya mereka dapat berhubung. Kwangmin teringin menghantar Ji Kyung pulang ke rumah. Oleh itu, dia meminta kebenaran Ji Kyung untuk menghantarnya pulang ke rumah. Pada mulanya Ji Kyung menolak. Tetapi setelah melihat Kwangmin seperti beria-ia ingin menghantarnya pulang, dia bersetuju dengan tawaran Kwangmin itu. Setibanya di hadapan asrama, Kwangmin membisikan sesuatu kepada Ji Kyung. " If i fill up my heart and send it to you, will you able to accept it? Even if time plays a joke on us and blocks us, i want to hold your hand and win." bisik Kwangmin. Selepas hari itu, kata-kata itu sering kedengaran di telinga Ji Kyung dan membuatnya tidak keruan. Setiap perkara yang dia baut, ada sahaja yang salah. Dia semakin tidak faham dengan kelakuannya sejak akhir-akhir ini. Pada masa yang sama, Kwangmin sering menghantar pesanan kepadanya.
Di Taman Berdekatan Asrama Ji Kyung
Setelah hampir seminggu mereka berkawan, Kwangmin memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Ji Kyung. Oleh itu, dia mengajak Ji Kyung berjumpa di taman yang berdekatan dengan asramanya. Pada awalnya Ji Kyung tidak mahu pergi kerana dia mempunyai banyak kerja yang ingin dia selesaika pada hari itu juga. Oleh kerana dia tidak mahu menyakitkan hati Kwangmin, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya untuk waktu yang singkat sahaja. Setibanya dia di taman itu, dia tidak melihat kelibat Kwangmin di taman itu. Setelah menunggu selama 5 minit, dia merasakan dia telah membuang masanya dengan rancangan bodoh Kwangmin tersebut. Oleh kerana, rasa marah menyelubungi dirinya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke asrama. Semasa dia ingin pulang ke asrama, ada seorang budak perempuan dan budak lelaki datang kepadanya lalu memberi sejambak bunga kegemarannya iaitu bunga tulip dan juga sekeping kad yang tertulis ' I WANNA LOVE'. setelah dia membaca kad tersebut, Kwangmin keluar daripada pokok besar dibelakangnya dan membisikkan sesuatu kepadanya. "It's been long since I've been hurt and cast aside. They say it's always like that, they say that love hurts. I just wanna forget it, but it was pretty hard. " bisik Kwangmin. Kemudian, dia berkata " Would you be my girlfriend?I'm unconditionally by your side. I'm a champion in your eyes. No matter what, I'll definitely be your side to protect you." luah Kwangmin dengan harapan cintanya di terima. Ji Kyung menjadi kaku buat sementara waktu. Otaknya juga tidak dapat memikirkan sesuatu akibat daripada terlalu terperanjat dengan situasi itu. Tetapi, Kwangmin dapat menganggap cintanya akan ditolak. Alangkahnya sayangnya, anggapan Kwangmin itu tidak betul. Ji Kyung tidak dapat menolak perasaannya itu lalu menerima cinta Kwangmin dengan hati yang tulus. " Saya suka style awak meluahkan perasaan. Awak menggunakan segala benda yang saya suka pada hari ini. Terima kasih atas segalanya." luah Ji Kyung. Tanpa di jangka, budak-budak tadi, menarik tangan Ji Kyung dan Kwangmin untuk disatukan. " Kakak dan abang jangan lupakan kita orang ya? Abang dan kakak gaduh-gaduh tau. Kita orang suka tengok abang dengan kakak. Kita orang balik dulu ya? Bye...Bye...." kata budak tersebut lalu beredar. Mereka berdua menjadi kaku dan muka masing-masing menjadi merah akibat tindakkan dan kata-kata budak tersebut.
Di Namsan Tower
Setelah Kwangmin berjaya mencuri hati Ji Kyung, kini giliran abangnya pula iaitu Changjo untuk meluahkan perasaannya terhadap Hye Won. Changjo telah merancang pelbagai benda untuk menambat hati Hye Won. Tanpa Changjo sedari, hati Hye Won semakin terbuka untuknya. Hye Won juga tidak menyangka hatinya akan terbuka untuk lelaki lain setelah dia dikhianati oleh bekas kekasihnya pada suatu ketika dahulu. Oleh sebab itu, Hye Won tidak pernah membuka hati untuk mana-mana lelaki sehingga lah dia berjumpa dengan Changjo di Jeju Island. Changjo mengajak Hye Won untuk pergi ke Namsan Tower iaitu tempat yang ingin Hye Won pergi bersama kekasihnya. Apabila mereka tiba di Namsan Tower, Changjo terus menutup mata Hye Won dengan sehelai kain. Hye Won terkejut dengan tindakkan Changjo itu. "Kenapa awak tutup mata saya? Macam mana saya nak jalan kalau awak tutup mata saya?" tanya Hye Won dengan perasaan yang gementar.
Apa yang akan terjadi dengan pasangan ini? Dan apa yang akan terjadi dengan pasangan yang lain? semuanya akan disambung esok......

0 comments:
Post a Comment