Thursday, December 22, 2011

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 1)

Hello everyone...I'm back with new story.. Hari ni saya nak buat satu cerita mengisahkan 4 orang sahabat yang terpisah buat waktu yang sangat lama. Mereka terpisah ketika mereka berumur 14 tahun dan mereka adalah kawan karib sejak kecil lagi. Kemudian, mereka telah berjumpa dengan pemuda yang mencintainya dengan sepenuh hati. Tetapi, cinta mereka terhalang atas sebab yang tertentu. Ketika mereka sedang cuba untuk menyelesaikan masalah masing-masing, satu peristiwa telah berlaku. Dan adakah mereka berempat dapat berjumpa semula? Kalau nak tau, bace lah cerita ini sampai habis. Baru tau apa penamatnya... Dan, ketika membaca cerita ni, cuba bayangkan ye. Supaya anda dapat mendalami cerita saya yang tak seberapa ini. Hehehe~~~~


WATAK DALAM CERITA INI

KIM HYO-YEON=(PARK JI KYUNG)


KIM HYUN AH=(KWON SOO WON)


KWON YURI=(SUNG HYE WON)

SON NA EUN=(LEE RAE WOOK)

LEE HONGKI=(HONGKI)

CHOI JONG HYUN=(CHANGJO)


KIM DONGHYUN=(DONGHYUN)

JO KWANGMIN=(KWANGMIN)

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT
  
          Pada tarikh 06.02.2011 tepat pukul 2:00 p.m, Park Ji Kyung atau nama manjanya Ji Kyung menyambut hari jadinya bersama sahabat karibnya iaitu Sung Hye Won(Hye Won), Kwon Soo Won(Soo Won) & Lee Rae Wook(Rae Wook). Tarikh itu juga adalah tarikh keramat bagi mereka berempat dan hari yang paling menyedihkan pada mereka. Mereka semua terpaksa berpisah dengan Ji Kyung. Hye Won, Soo Won & Rae Wook mendapat tahu berita ini setelah selesai menyambut hari jadi Ji Kyung. Ji Kyung memberitahu mereka bahawa dia akan pergi mengikut keluarganya ke luar negara kerana ibubapa Ji Kyung hendak menguruskan perniagaannya di sana. " Hye Won, Soo Won & Rae Wook, saya terpaksa mengikut ibubapa saya ke Jepun dan kami akan berlepas pada malam ini juga. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya tak sanggup meninggalkan korang. Tapi, saya tak boleh berbuat apa-apa kerana ini adalah keputusan ibubapa saya. Hanya satu sahaja yang saya ingin minta daripada korang sempena hari jadi saya ini, tak susah dan tak perlu menggunakan wang. Saya hanya minta, korang semua tidak melupakan saya dan teruskan cita-cita kita untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti. Dan ingat harapan itu adalah impian dan ia tidak akan pernah tidur. Saya percaya, suatu hari nanti, kita akan berjumpa semula dan ketika itu, kita sedang berdiri di atas pentas sendiri."Kata terakhir Ji Kyung kepada Hye Won, Soo Won & Rae Wook.

Sebulan Kemudian~~

          Semasa waktu rehat, mereka bertiga berehat di pondok yang selalu mereka rehat bersama Ji Kyung. "Hye Won, awak tak rindu ke dekat Ji Kyung?" Rae Wook bertanya kepada Hye Won.
"Ha'a la Hye Won, sejak Ji Kyung tak ada, kita dah tak macam dulu lagi. Kalau Ji Kyung ada, dia akan hiburkan kita dengan lawak jenakanya. Saya pon rindu nak dengar suara  dia." Kata Soo Won kepada Hye Won.
"Siapa yang tak rindu dekat Ji Kyung, saya rindu sangat dekat Ji Kyung. Tiap malam, saya asyik mainkan lagu kegemaran kita yang selalu Ji Kyung nyanyikan untuk kita semasa dia ada disini. Saya juga asyik teringat bayangannya ketika dia berlari mengejar kita sambil berkata"korang, jangan la tinggalkan saya sorang-sorang kat sini" dan apabila kita sedang berbual atau berbincang akan sesuatu perkara, tindakbalas dia hanya"Huh?" & "Saya lapar la". Itu yang membuatkan saya geram kat dia. Tapi, sekarang semua tu tidak akan berulang lagi. Ia hanya tinggal kenangan." Balas Hye Won kepada Rae Wook & Soo Won.
"Harapan adalah impian dan ia tidak akan pernah tidur. Ingat tak ayat tu? Ayat yang selalu Ji Kyung ucapkan pada kita. Di sebalik ayat tu, tersirat makna yang sangat besar. Sebab itu dia sentiasa mengucapkannya pada kita. Hanya kita sahaja yang tidak tahu makna tersirat disebalik ayat itu." Kata Rae Wook sambil menangis. Lonceng telah berbunyi, menandakan waktu rehat telah tamat.

Sewaktu Di Dalam Kelas....
        
          Ketika Hye Won, Soo Won & Rae Wook sedang belajar didalam kelas, Ji Kyung yang sedang belajar di Izumi Chuo High School tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa cikgu sedang mengajar kerana asyik mengelamun mengingatkan kawannya yang berada di Malaysia. Keadaan yang sama juga berlaku pada Hye Won, Soo Won & Rae Wook sehingga lah lamunan mereka berempat terhenti kerana dimarahi oleh cikgu yang sedang mengajar. Hye Won, Soo Won & Rae Wook didenda berdiri diluar kelas manakala Ji Kyung pula didenda berdiri atas kerusi dengan menjunjung sebuah buku yang tebal. Semasa mereka didenda, hanya satu ayat yang sama terlintas difikiran mereka' Harapan Adalah Impian Dan Ia Tidak Akan Pernah Tidur'. Kejadian tersebut telah menjadi pengajaran bagi mereka berempat dan tidak pernah diulangi lagi. 

Setahun Telah Berlalu...

Setahun telah berlalu dengan pantas. Sebulan lagi Hye Won, Soo Won & Rae Wook akan menghadapi peperiksaan besar iaitu PMR. Manakala Ji Kyung pula sedang menunggu keputusan peperiksaannya. Saat ini ialah saat yang paling mendebarkan bagi mereka berempat. Pada masa ini juga, masa depan mereka berempat terletak ditangan masing-masing dengan keputusan yang bakal mereka dapat. Setelah sebulan berlalu, keputusan Ji Kyung mula diumumkan. Dia berasa sangat takut dan saat itu, dia hanya terfikir akan kawan karibnya itu. Nama Ji Kyung mula di sebut oleh guru kelasnya iaitu Puan Iriwasyi. " Park Ji Kyung, keputusan awak sangat memuaskan." Kata Puan Iriwasyi kepada Ji Kyung. Semasa Ji Kyung hendak mengambil keputusannya, dia berasa tidak berjalan diatas bumi yang nyata dan hampir terjatuh kerana terlalu takut.Setelah dia mengambil keputusannya itu, dia terkejut kerana dia mendapat A dalam semua matapelajarannya. Dalam pada masa yang sama, dia berasa sangat gembira. Lagi beberapa bulan, keputusan Hye Won, Soo Won & Rae Wook akan keluar. Sementara menunggu keputusan keluar, Rae Wook telah memberi satu rancangannya kepada Hye Won & Soo Won. " Korang, saya rindu sangat kat Ji Kyung. Apa kata, kalau kita menyertai ujibakat nyanyia bulan depan. Saya dengar, sebuah syarikat daripada Korea akan datang ke Malaysia akan membuat sesi ujibakat di Malysia,China,Korea & Jepun. Saya berharap agar Ji Kyung pun menyertai ujibakat tersebut." Kata Rae Wook kepada Hye Won & Soo Won.

Lima Tahun Kemudian

To Be Continued....


0 comments: