Wednesday, May 29, 2013

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 2)

Lima Tahun Kemudian


Pada pagi yang indah dan disertai dengan kicauan burung, Rae Wook, Hye Won dan Soo Won sedang sersiap-siap untuk pergi ke kelas vokal dan tarian. Sudah 5 tahun berlalu, mereka masih belum berjumpa dengan Ji Kyung. Walaupun mereka sudah berjaya melepasi ujibakat nyanyian tersebut, mereka tidak mendengar satu berita daripada daripada syarikat yang melatih mereka tentang peserta yang berjaya daripada Jepun. Mereka hanya di beritahu bahawa peserta yang berjaya, tidak akan dilatih di tempat yang sama. " Rae Wook...... Soo Won..... Aku ada berita baik aku untung korang" jerit Hye Won kegembiraan. "Tak payah la nak jerit- jerit!" kata Soo Won dan Rae Wook. " Kau tak tau ke yang kita dekat mana sekarang? Kita sekarang dekat studio tarian, bukan studio nyanyian. Kita semua boleh kena marah kalau suara kau yang merdu tu, bergema satu syarikat ni. Apa dia berita yang gembira sangat tu? Kalau kau nk beritahu yang kita ada boleh belatih separuh hari untuk hari ni, tu bukan berita baik." jelas Soo Won. Setelah mereka dapat tahu yang mereka berpeluang bercuti di Jepun, mereka melompat-lompat kegembiraan. Pada masa yang sama, mereka dimarahi oleh pelatih mereka kerana membuat bising.

Tiba Di Jepun

"Wah..... Cantiknya pemandangan di Jepun ni.... Tak sabar-sabar saya nak jumpa dengan Ji Kyung" kata Rae Wook. Mereka diarahkan untuk terus ke rumah sewa yang telah disediakan dan mereka tidak dibenarkan untuk pergi kemana-mana pada hari tersebut kerana mereka harus bersedia untuk satu aktiviti. Pada saat mereka di Jepun, Ji Kyung sedang berlatih vokal di sebuah studio di Korea. Sebenarnya, mereka semua di tempatkan di negara yang sama, tetapi tempat yang berlainan. Hanya syarikat saja yang tahu tempat-tempat latihan mereka. Pada keesokan harinya, Rae Wook dan Hye Won sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Mereka dibenarkan bersiar-siar di sekitar Jepun untuk dua hari sahaja kerana mereka hanya berada di Jepun untuk 3 hari sahaja. Puas mereka berjalan di sekitar Jepun, tetapi bayang-bayang Ji Kyung pun tidak kelihatan di sekitar Jepun. Setelah puas mereka mencari, mereka singgah di sebuah kafe yang bernama ' Remember '. Suasana di kafe tersebut sangat tenang dan dihiasa dengan tema yang santai. Semasa mereka ingin beredar daripada kafe tersebut, mereka terserempak dengan ibu kepada Ji Kyung. Mereka sangat terkejut dan merasa seperti tidak percaya. Mereka bertanya tentang Ji Kyung tetapi, jawapan yang mereka terima seakan-akan tidak boleh dipercayai. Ibu Ji Kyung memberitahu mereka bahawa Ji Kyung telah membawa dirinya sejak 3 tahun yang lalu. Ji Kyung tidak memberitahu ibu bapanya tentang keberadaannya sekarang. Dia hanya memberitahu yang dia berada dalam keadaan yang sihat dan dia sedang berkerja sambilan untuk membayar sewa rumahnya sekarang. Setelah mendengar cerita tersebut, mereka merasa seolah-olah, mereka tidak akan dapat berjumpa dengan Ji Kyung untuk selama-lamanya. Tetapi, mereka masih berpegang kepada kata-kata ' Harapan adalah Impian dan Ia tidak akan pernah tidur'. Dengan kata-kata itu, mereka tetap dengan pendirian mereka untuk merealisasikan impian mereka walaupun dengan ketiadaan Ji Kyung disisi mereka.

Kembali Ke Korea

Setibanya mereka di Korea, mereka diberi cuti selama seminggu kerana studio yang mereka gunakan akan diguna untuk sekumpulan artis daripada syarikat tersebut berlatih. Mereka mengambil keputusan untuk bercuti di tempat yang berlainan. Rae Wook bercuti di Jeju Island, Hye Won pula bercuti di Nami Island manakala Soo Won pula hanya menghabiskan cutinya di Seoul. 

Di Jaju Island

Semasa Rae Wok sedang asyik dengan melihat keindahan alam di Jaju Island, dia tidak sedar bahawa dia telah tersesat. Setelah mengetahui dia telah jauh tersesat, dia menjadi sangat cemas dan tidak tahun hendak kemana. Dalam keadaan yang cemas itu, dia terserempak dengan rakannya yang berasal daripada korea. Dia sangat bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan Hongki. Oleh kerana hari masih cerah, Rae Wook sambung bersiar-siar di Jeju Island dengan panduan Hongki. Semasa mereka bersiar-siar di Jeju Island, Hongki merasakan sesuatu yang lain tentang Rae Wook. Dia juga rasa ingin mengenali Rae Wook dengan lebih dalam. "Apa kata, kita balik ke Seoul bersama? Awak tak kisah kan? Saya takut saya sesat lagi. Saya ni bukan tahu sangat tentang selok belok di Jeju Island ni. Tak pasal-pasal saya tak balik nanti. Lagi pun, kita kan dilatih di bawah syarikat yang sama. Awak tak kisah kan?" kata Rae Wook kepada Hongki. "Saya balik saing awak? Saya??? Awak dah kenapa? Dulu masa dekat Seoul, saya nak hantar awak balik pun awak tak nak. Ni lagi awak nak balik Seoul dengan saya? Awak tak takut ke kalau saya culik awak? Lepas tu saya jual awak. Awak tak takut ke?" balas Hongki sambil membeliakkan mata. "Awak memang nak minta penampar dari saya agaknya. Kalau awak berani, awak buat la. Saya ada tali pinggang hitam tau. Awak nak saya campak awak dekat sungai ke? Lagi pun, yang pasal awak nak hantar saya balik tu, saya tolak sebab saya dengan kawan-kawan saya ada urusan yang perlu diuruskan. Awak pon satu, nak promote motor awak tu tak kena mase." balas Rae Wook. " Wah.... hebat la awak ni. Kalau macam tu, saya setuju la nak temankan awak balik ke Seoul. Tapi, awak kene bagi saya upah tau." balas Hongki. Ni yang buat saya suka dekat awak." bisik Hongki dalam hatinya. Tanpa di sedari, mereka telah banyak mengahabiskan masa bersama-sama. Walaupun mereka sering bertengkar, Rae Wook tidak perasan akan perubahan Hongki terhadapnya. Setelah tiba masanya, mereka pulang ke Seoul bersama seperti yanng dijanjikan oleh Hongki.

Di Nami Island

Hye won pula lain ceritanya. Setelah tibanya dia di Nami Island, dia terus ke tempat pengambaran Winter Sonata untuk melihat suasana keadaan tersebut. Tempat tersebut sangat sesuai untuk pasangan kekasih dan pasangan yang baru berkahwin. Semasa asyik melihat suasana itu, dia teringat kepada saat-saat mereka di Malaysia dan saat-saat mereka bergurau senda bersama Ji Kyung. Tanpa disedari, air mata telah mengalir. Mujurlah tiada orang yang melihat keadaan tersebut. Pada masa yang sama, ada seseorang telah menghulurkan sehelai sapu tangan kepadanya lalu beredar. Dia sangat terkejut kerana sangakaannya salah. Rupanya, ada orang yang telah terlihat dia mengalirkan air mata. Dalam keadaan yang sangat terkejut, dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus beredar setelah memberi sapu tangan kepadanya. Pada keesokan harinya, dia bersiar-siar disebuah taman bunga dan secara tidak sengaja, dia terserempak lagi dengan lelaki tersebut. Mujurlah dia membawa sapu tangan yang telah dipinjamkan kepadanya. Dia dengan berani menghampiri lelaki tersebut dan menegurnya. Lelaki tersebut seolah-olah terkejut. " Anyeonghaseyo" ucap lelaki tersebut. "Anyeonghaseyo" jawab Hye Son. " Saya Hye Son dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana pinjamkan sapu tangan awak" kata Hye Son kepada lelaki tersebut. " Saya Changjo. Awak tak perlu nak ucapkan terima kasih kepada saya. Sebenarnya, saya telah mengikuti awak selepas awak tiba di Nami Island. Saya lihat yang awak ni bukan berasal daripada Korea. Oleh sebab itu saya ekori awak untuk memastikan awak tidak tersesat. Secara tidak sengaja saya terlihat awak menangis lalu cepat-cepat saya bagi sapu tangan saya kepada awak kerana terkejut dengan keadaan awak. Selepas saya bagi sapu tangan tu, saya terus menyorok di belakang sebuah pokok. Saya minta maaf sebab mengekori awak sepanjang hari semalam." jelas Changjo kepada Hye Son. Setelah  mendengar penjelasan daripadanya, Hye Son mengambil keputusan untuk memaafkannya. Lagi pun, dia tidak tahu selok belok di Nami Island. Oleh itu, dia meminta tolong daripada Changjo untuk menunjukkan tempat-tempat yang menarik di Nami Island tersebut. Semakin hari mereka semakin rapat. Changjo memberi nombor telifonnya kepada Hye Son agar mereka dapat berhubung selepas Hye Son tiba di Seoul.

Di Seoul

Soo Won melakukan aktivitinya seperti biasa. Sehingga satu hari, dia terasa ingin pergi ke Lotte World, N Tower dan tempat-tempat yang popular di Seoul. Semasa Soo Won hendak menunggu taksi untuk ke Lotte World, dia hampir di langgar oleh sebuah motor kerana mengelamun. Dia juga teringat saat-saat dia bergembira bersama rakan-rakannya terutama sekali Ji Kyung. Ji Kyung boleh dikatakan sebagai 'Mood Maker'. Semasa mereka di Malaysia, mereka selalu keluar bersama-sama. Mujurlah motor tersebut sempat mengelak dan berhenti. Penunggang tersebut merasa marah tetapi rasa marahnya bertukar menjadi rasa simpati selepas dia melihat Soo Won terduduk sambil menangis. Penungan tersebut terkaku dan tidak tahu  utunk membuat apa. Dengan beraninya, dia mendekatkan dirinya kepada Soo Won untuk melihat keadaannya. Secara mengejut, Soo Won memeluk penunggang tersebut kerana dia menyangka penunggang tersebut adik lelakinya yang berada di Malaysia. Penunggang tersebut terus terkaku dan tidak boleh berfikir sesuatu sebagai tindakannya. Setelah Soo Won reda daripada menangis, dia terkejut dengan tindakannya itu.  Dengan rasa malu dan bengang, dia meminta maaf kepada penunggang tersebut. " Saya minta maaf atas tindakan saya tadi. Saya betul-betul minta maaf. Saya ingat awak ni adik lelaki saya. Saya minta maaf sekali lagi" kata Soo Won kepada penunggang tersebut. " Tak apa, saya faham keadaan awak sekarang. Awak hendak kemana sebenarnya? Boleh saya tumpangkan awak?" kata penunggang tersebut kepada Soo Won. " Saya sebenarnya ingin ke Lotte World. Tak apalah, saya boleh pergi naik teksi. Saya tak mahu susahkan awak Sudah cukup saya membuat awak terkejut tadi." jelas Soo won kepada peninggang tersebut. " Saya pon hendak ke Lotte World. Awak bolehlah tumpang saya. Kite nak pergi ke tempat yang sama. Apasalahnya? Oh ye, nama awak sapa? Nama saya Donghyun." kata penunggang tersebut kepada Soo Won. " Nama saya Soo Won" jawab Soo Won sambil senyum. Setelah penunggang tersebut berusaha memujuknya, dia bersetuju untuk pergi ke Lotte World bersama. Setelah tiba di Lotte World, Donghyun mengambil keputusan untuk jalan bersama Soo Won. Tanpa disadari, mereka telah menghabiskan masa mereka bersama. Setelah seharian berjalan-jalan, Donghyun mengambil keputusan untuk menghantar Soo Won pulang. Pada masa yang sama, Donghyun merasa sesuatu yang berbeza dengan Soo Won. Dia ingin lebih mengenali Soo Won. Setelah tiba dihadapan rumah sewa Soo Won, Donghyun menulis sesuatu diatas sehelai kertas kecil dan selitkannya didalam beg Soo Won. Soo Won tidak sedar akan perbuatan Donghyun tersebut. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Donghyun, Donghyun terus beredar tanpa membalasnya. Soo Won hanya berfikir bahawa Donghyun mungkin ada hal yang ingin dia selesaikan.

Di Sebuah Studio Di Korea 

Sementara Rae Wook, Hye Son dan Soo Won bergembira kerana dapat bercuti, Ji Kyung hanya berlatih di sebuah studio tarian seorang diri kerana dia tidak mendapat cuti dan dia perlu memperbaiki semua gerak tariannya. Setelah penat berlatih, akhirnya waktu latihannya tamat pada pukul 8:00 malam. Dia hanya dapat merehatkan diri selama 4 jam sahaja. Kemudian dia perlu ke kelas vokal hingga pukul 4:00 pagi. Pada hari itu, dia merasa ingin bersiar-siar untuk mengambil angin kerana dia suka melihat lampu-lapum yang menghiasi Seoul pada waktu malam. Dia hanya ingin menuju ke Han River untuk melihat pancutan air yang berwarna-warni. Setelah tiba di Han River, dia terus menuju ke arah sepohon pokok dan duduk dibawahnya. Kemudian dia memandang kearah langit untuk melihat bintang-bintang yang menghiasi malam itu. Dia teringat akan suasana dimana dia dan rakan-rakannya itu baring dibawah sepohon pokok yang rendang sambil melihat bintang-bintang di langit. Dari situ lah mereka mengukir cita-cita untuk menjadi penyanyi yang bersinar seperti bintang yang memberi sinar pada waktu malam. Ketika dia masih dihanyut oleh lamunan, dia disedarkan oleh situasi yang mengejutkan. Ada seorang lelaki yang sedang dipukul oleh sekumpulan budak jahat. Dia sangat terkejut lalu dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan lelaki tersebut. Mujurlah dia pernah belajar seni mempertahankan diri semasa dia di Malaysia dan di Jepun. Dengan beraninya, dia menuju ke tempat kejadian itu, lalu menolak salah seorang daripada budak jahat tersebut. Yang lain, terperanjat akan tidakan Ji Kyung yang berani itu. Tanpa menghiraukan jantina, budak jahat itu menyerang Ji Kyung tetapi gagal kerana dia dapat menepis setiap serangan budak jahat tersebut. Sekumpulan budak jahat tersebut melarikan diri dan meninggalkan seorang budak lelaki yang diserang dan Ji Kyung. Dengan rasa kasihan, Ji Kyung menghulurkan tangannya pada budak lelaki itu untuk membantunya bangun. Setelah selesai menghantar budak lelaki tersebut ke klinik, Ji Kyung terus pulang ke asramanya untuk menyiapkan diri untuk ke kelas vokal. Budak lelaki tersebut tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Ji Kyung. Tetapi, tanpa disadari, Ji Kyung tertinggal beg dompetnya. Budak lelaki tersebut menyimpan beg dompet Ji Kyung dan berharap suatu hari nanti dia dapat mengucapkan terima kasih dan membalas jasanya.

Di Myundong 

Seminggu berlalu dengan pantas sekali. Rae Wook, Hye Won dan Soo Won menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa manakala Ji Kyung pula diberi kebenaran untuk berlatih separuh hari. Oleh kerana banyak masa yang terluang, dia mengajak rakan sebiliknya untuk berjalan-jalan di Myundong dan sekaligus membeli-belah. Setibanya mereka di Myundong, mereka terus menuju ke sebuah kedai pakaian. Kemudian mereka menuju ke sebuah kedai kasut untuk mencari sebuah kasut yang sesuai bagi majlis hari jadi guru tarian mereka. Semasa mereka sedang memilih kasut, Ji Kyung merasakan belakangnya ditepuk oleh seseorang. Apabila dia memandang ke belakang, dia melihat budak lelaki yang ditolong olehnya sedang berdiri dibelakangnya. Dia begitu terperanjat. " Bagaimana awak boleh mengenali saya? Macam mana awak boleh ada disini?" tanya Ji Kyung dengan nada hairan. " Saya berkeja sambilan disini. Dari tadi saya melihat awak memilih kasut tetapi tiada satu pun yang awak berkenan. Untuk membalas jasa awak kerana menolong saya hari itu, saya ingin memilihkan sebuah kasut untuk awak dan membayarkannya untuk awak. Oh ya! Nama saya Kwangmin. Jo Kwangmin. Nama awak pula?" balas budak lelaki tersebut. " Tak apalah, saya boleh pilih sendiri dan boleh membayarnya sendiri. Awak tak payah susah-susah nak pilihkannya untuk saya dan bayarkannya untuk saya. Saya tak perlukan balasan daripada awak. Faham?" balas Ji Kyung. " Macam mana awak nak bayar kalau beg dompet awak tak ada pada awak? Sekurang-kurangnya, kalau awak tak nak saya balas jasa awak tu, bagi tahu saya nama awak sapa? Kan mudah." balas lelaki itu. "Macam mana awak tahu beg dompet saya hilang? Awak ke yang ambil beg dompet saya? Membazir sahaja saya tolong awak. Pulangkan balik beg dompet saya. Kalau tidak, saya akan memberitahu orang ramai bahawa awak seorang pencuri." jawab Ji Kyung dengan nada yang tegas. " Mana ada saya curi beg dompet awak. awak jaga mulut sikit ya? Jangan main cakap je. Awak yang lalai. Beg dompet awak jatuh mase awak keluar daripada klinik hari itu. Nasib baik saya yang nampak, kalau tak beg dompet awak tu dah lama orang lain curi. Ni untung saya simpankan untuk awak." terang Kwangmin kepada Ji Kyung. " Oh ye ke? Ada saya kesah? Pulangkan balik beg dompet saya!" balas Ji Kyung. " Saya tak akan pulangkan beg dompet awak selagi awak tak bagi tahu nama awak siapa." kata Kwangmin. " Baiklah, nama saya Ji Kyung. Lee...Ji...Kyung... Puas hati? Mana beg dompet saya?" balas Ji Kyung. " Ye, saya puas sekarang. Ni beg dompet awak. Ha! lagi satu, sebelum saya lupa. Terima kasih banyak-banyak Lee....Ji...Kyung.... sebab sudi tolong saya hari itu." balas Kwangmin. Setelah itu, Ji Kyung cepat-cepat beredar daripada kedai itu. Tanpa dia sadari, Kwangmin telah memberi sesuatu kepada rakannya. Sesuatu yang dibungkus dengan bungkusan yang serba pink. "Tolong bagi hadiah ini pada Ji Kyung okay? Dan jangan bagitahu dia siapa yang bagi hadiah ni pada dia. Okay? Thanks a lot. I Hope you will help me. Ni sahaja jalan yang ada untuk saya balas balik jasa dia. Please....." mohon Kwangmin kepada rakan Ji Kyung. " Okay! Saya akan cuba tolong awak sebab dia ni susah nak terima hadiah daripada orang yang dia tak kenal."balas rakan Ji Kyung.

APAKAH YANG AKA TERJADI SETERUSNYA? SAYA AKAN SAMBUNG ESOK.... 

0 comments: