Thursday, October 21, 2010

Tahukah Anda!

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil
dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek
yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan 
terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan 
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
 
 2.Tahukah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,
tanpa air sirap helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3.Tahukah anda sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j 
tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4.Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar
dikenali sebagai Paparazzi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak Paparazzo 
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960.Dalam bahasa Melayu pula,ayah kepada seorang budak yang
bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama Papa Razzi.

5.Tahukah anda bendera negara telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

6.Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar
besi berani.Sebagaimana namanya megnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya.Bagaimana pun orang yang diupah untuk 
menarik kereta bukanlah magnet.

7.Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari
yang dia diekori oleh sesuatu,ia akan memutuskan ekornya supaya 
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanap ekor
sudah tentu tidak diekori lagi.

8.Tahukah anda bahawa manusia normal tidak boleh menyentuh 
telinganya sediri menggunakan siku.


9.Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun ia berbeza dari segi bentuknya.Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kene tempeleng masih boleh memakan 
lempeng apabila dia berasa lapar.

10.Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat
atau silap walaupun tanpa kompas.Ini kerana setiap sarang burung 
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

11.Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan 
masih lagi aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah kita tidak membayar bilnya selama
tiga bulan.

12.Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang 
wang ringgit,pangkat,kedudukan dan harta dunia
ialah Orang Utan.

13.Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan 
sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa 
kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk 
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu 
dibelanja oleh kawan kita.

K lah...Sampai sini dulu la.... 
Kite sambung esok... 
Annyeong...



0 comments: