Pada Malam Majlis Tersebut itu Dilangsungkan
Semua orang yang berkenaan dijemput datang kemajlis hari jadi tersebut. Ramai yang hadirkan diri ke majlis tersebut. Malahan ada tetamu yang hadir terdiri daripada kalangan artis. Antaranya ialah Hyoyeon(SNSD), Lime(Hello Venus), Key(Shinee), Ilhoon(BTOB) dan ramai lagi. Pada malam itu, buat pertama kalinya Ji Kyung menjadi seorang yang 'clumsy'. Dia sangat terkejut setelah mendengar senarai tetamu yang di jemput ke majlis tersebut. Walaupun dia sudah menyediakan pakaian untuk malam tersebut, dia tetap menanyakan tentang penampilannya kepada rakan sebiliknya iaitu Rue. Setelah siap menghias dirinya, dia teringat sesuatu yang membuatkan dia begitu terperanjat. Matanya membesar seperti melihat emas didepan mata kerana dia teringat bahawa dia masih belum membeli kasut untuk majlis tersebut. "Tak kan la aku nak pakai sneaker kot. Dah la aku tak ada kasut untuk ke majlis. HA!!!!!! Ni yang aku benci. Kalau bukan gara-gara mamat tu, aku tak jadi macam ni. Aish.... Aku nak pakai apa malam ni? Boleh gila aku macam ni... " rungut Ji Kyung seorang diri. "Patut ke aku kasi hadiah yang budak lelaki tadi kasi? Tapi, aku takut aku kena baham saat-saat macam ni. Aduh....macam mana ni. Aku kesian pulak tengok dia ni. Macam orang hilang anak dah. Let me think first. Kalau difikirkan balik, sekarang la saat yang tepat bagi hadiah tu kat Ji Kyung. Kalau dia dah kelam-kabut macam ni, tak mungkin dia akan tanya siapa yang kasi hadia tu. YES!!! Go...Go... Rue. You can do it. Kena jugak aku berhadapan dengan minah yang hampir separuh gila ni." bisik Rue perlahan. " Hei Miss Clumsy. Ni aku ada sesuatu untuk kau. Kau cubalah bukak dan cuba. Aku tengok kau dah macam orang hilang anak dah. Tak sanggup aku nak tengok keadaan kau ni. Cepat sikit ye. Kita dah lambat dah ni. Kalau kau lambat, aku denda kau bersihkan tandas minggu ni. Nak? Kalau tak nak, baik kau cepat." kata Rue kepada Ji Kyung dengan selamba kerana tidak mahu diketahui dia bersubahat dengan Kwangmin. "Okay. Thanks a lot. Kau la kawan aku yang memahami keadaan aku sekarang. Dan aku nak ingatkan kau, jangan panggil aku aku Miss Clumsy. Aku belum tahap tu lagi."balas Ji Kyung."Wah.... cantiknya kasut ni... Esok aku pulangkan balik kat kau ye." balas Ji Kyung lagi sekali. "Tak payah nak pulangkan balik. Kasut tu kau punya dan kau boleh simpan untuk selama-lamanya. Lagi pun, aku bukannya minat warna pink. Tak payah banyak tanya lagi. Jom kita pergi." balas Rue. Setelah tiba di majlis tersebut, mereka terus menunjukkan kad jemputan mereka kepada pengawal yang mengawal pintu tersebut. " Ni kad kami. Boleh kami masuk sekarang?" kata Ji Kyung kepada pengawal tersebut. "Silakan masuk" balas pengawal tersebut." Ha! Sebelum saya lupa,baju encik tak sesuai dengan kasut encik la. Lagi satu,encik boleh tak cukur jambang encik sampai bersih?"tegur Ji Kyung dan Rue sambil ketawa. Mereka terus masuk ke majlis tersebut dengan cepat dan sambil ketawa sebelum pengawal tersebut membuka suara. "Kau nampak tak muka pakcik tu tadi. Mesti bengan gila. Kita ni kadang-kadang melampau jugakkan? Hahahaha...."kata Ji Kyung sambil ketawa."Perhatian kepada semua tetamu hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengahadirkan diri ke majlis ini. Jika semua sudah bersedia, mari kita mulakan majlis ini."maklum Miss Ji Ho(guru tarian Ji Kyung a.k.a birthday girl) kepada semua tetamu. Lilin kek telah ditiup dan potongan kek telah diagihkan kepada semua tetamu yang hadir. Ji Kyung dan Rue terpisah disebabkan orang yang ramai. Oleh itu, Ji Kyung terpaksa melayan dirinya sendiri. Tiba-tiba seorang pelayan datang kepadanya dan menawarkan pencuci mulut kepadanya. Apabila Ji Kyung pusing kebelakang, untuk kedua kalinya dia terkejut. Kali ini, dia hampir terlanggar seorang tetamu yang hadir kerana dia ingin menjarakkan dirinya daripada pelayan tersebut. Setelah menjarakkan dirinya sebanyak tiga langkah ke belakang, dia terus memusingkan badannya dan beredar daripada tempat tersebut dengan pantas. Dia menuju ke tandas wanita untuk menyorokkan dirinya daripada pelayang tersebut. " Aish.... Kenapalah dia tak habis-habis mengacau hidup aku. Dia ni guna alat apa, sampai tahu aku kat mana. Aduh... Ni dah kes berat ni. Dia ni stalker ke? Manalah Rue ni? Dari tadi telifon tak diangkat. Dia dah larikan diri ke? Atau...... " bisik Ji Kyung perlahan-lahan. Ji Kyung bergegas keluar daripada tandas untuk menemui Rue. Dalam perjalanan untuk keluar daripada majlis tersebut, dia terserempak lagi dengan pelayan tersebut. Sejurus dia melihat pelayan tersebut, dia meningkatkan tahap kelajuannya berjalan. Dia bernasib baik kerana tidak terlanggar pintu dihadapannya.
Di Asrama
Setibanya dia di asrama, dia terus meluru ke arah Rue dan meluahkan segala tanda tanya kepada Rue. " Rue!!! Kau dah buat apa sampai mamat tu boleh ada dekat majlis hari jadi Miss Ji Ho? Kau ke yang dah bagitahu tentang majlis ni? Kau bersubahat dengan mamat tu kan?Aku rimas la. Nasib baik aku tak tendang mamat tu. Baik kau cakap jujur dekat aku. Kau kan yang bagitahu mamat tu yang aku akan ke majlis hari jadi Miss Ji Ho? Betul tak yang aku cakap ni?"tanya Ji Kyung dengan nada tegas. " Cool down..Cool down... Apa ni main serbu je? Mamat mane pulak ni? Aku tak tahu pulak kau ni 'Playgirl'. Sejak bile ye? Itu lah, kan aku dah pernah ingatkan kau, jangan layan sangat budak lelaki yang berlatih dengan kita tu. Tengok sekarang apa dah jadi kat kau. Ha! lagi satu! aku bersubahat dengan siapa pulak ni? Kau ni betul-betul dan meroyan la."balas Rue dengan nada selamba. " Dalam situasi macam ni kau boleh pula berloya buruk dengan aku? Memang kau menempah bebelan maut daripada aku. Cakap la betul-betul... Kau tak kesian dekat aku ke Rue? Tolong la jujur dekat aku." balas Ji Kyung dengan nada tidak bermaya. " Okay la... Aku tak akan berloya buruk lagi. Tapi, kau tengah cakap pasal mamat mana pulak ni? Setahu aku, aku tak pernah nak bersubahat dengan orang yang aku tak kenal. Kau pun tahu aku ni macam mana orangnya kan?" balas Rue dengan rasa hairan. " Kalau macam itu, tak apalah. Lupakan sahaja apa yang aku cakap tadi. Just forget it." balas Ji Kyung. " Habis tu, kalau bukan Rue, siapa yang bagitahu aku ada dekat majlis itu? Ah... lupakan je la. Tak payah nak fikirkan mamat yang menjengkelkan tu. Mentang-mentang aku pernah tolong dia, dia ingat dia tu siapa? Entah-entah dia tu stalker. Menyeramkan!!!" bisik Ji Kyung dengan perlahan.
Di Sebuah Kafe Yang Bernama 'CHEONHO CAT CAFE'
Sebelum pegi ke kelas tarian, Rae Wook, Hye Won dan Soo Won singgah di Cheonho Cat Cafe. Mereka sangat menggemari kucing. Ketika mereka di Malaysia, mereka suka membela kucing yang tidak mempunyai tuan. Orang kata, jika kita membelai kucing, kita akan merasa sangat tenang. Jika fikiran mereka bercelaru, mereka akan membelai kucing tersebut dan meluahkannya kepada kucing. Mereka juga ada membela seekor kucing yang di panggil 'Hubby'. Mereka membela kucing tersebut selepas menjumpai kucing itu di dalam kotak. Ketika mereka sedang berbual-bual, mereka terkejut apabila ada seorang lelaki yang duduk di sebelah Soo Won dengan tiba-tiba. "Dah lebih seminggu saya tunggu awak telifon saya atau hantar pesanan kepada saya. Mentang-mentang awak senang hati, awak dah lupakan saya. Ye lah, siapa lah saya. Saya cuma temankan awak je masa tu. Itu pun dah kira untung saya tak langgar awak masa awak tengah mengelamun." kata Donghyun kepada Soo Won. " Mana ada macam tu. Saya tak lupakan awak la. Lagi pun, macam mana saya nak hubungi awak kalau saya tak ada nombor telifon awak? Hari tu pon saya tak sempat nak ucapkan terima kasih dekat awak sebab awak terus pergi je." balas Soo Won dengan selamba. "Oh ye ke? Kalau macam itu, cuba awak buka kocek depan beg awak tu. Mesti ada sesuatu kat dalam tu. Cari betul-betul.." balas Donghyun. " Tak ada pun... Tak ada apa-apa pun. Mungkin saya tercicir dekat rumah, sebab semalam saya keluarkan semua barang dari beg saya ni." jelas Soo Won. "Awak ni lembap la. Kasi telifon bimbit awak dekat saya sekarang. Awak jangan tanya untuk apa saya minta telifon bimbit awak tu. Awak cume perlu hulurkan telifon bimbit awak kepada saya sahaja." pinta Donhyun. Donghyun menaip sesuatu didalam telifon bimbit kepunyaan Soo Won dan memulangkannya kembali. "Ini nombor telifon saya. Jaga nombor telifon saya ni baik-baik. Jangan sampai hilang. Kalau awak ada masalah, awak boleh hubungi saya. Okay? Do you understand?" bisik Donghyun kepada Soo Won. "Terima kasih. Saya akan hubungi awak jika saya ada masalah. Lagi satu, saya nak tanya, macam mana awak boleh tahu saya dekat sini?" tanya Soo Won dengan nada hairan. " Saya ada aura yang boleh mengetahui kedudukan awak. Lagipun, saya dah pasang pengintip untuk mengekori awak ke mana sahaja." balas Donghyun sambil senyum sinis. " Betul ke? Saya nak report polis la macam ni. Kalau saya dapat tahu semua ni betul, saya akan hentak awak dan campakkan awak ke dalam sungai. Awak jangan main-main dengan saya, saya ada tali pinggang hitam tau. Kalau awak nak rasa tendangan maut daripada saya, cuba la buat semua tu." balas Soo Won. "Ala... Saya cuma bergurau je. Tapi, saya nak awak simpan je tendangan maut awak tu sebab saya lebih hebat daripada awak. Awak ingat awak sorang je yang ada tali pinggang hitam, saya pon ada. Kalau boleh, saya pakai tali pinggang hitam tu kemana-mana je. Di sebabkan saya ni tak suka menunjuk-nunjuk, saya simpan tali pinggang tu dekat rumah." balas Donghyun sambil ketawa kerana melihat riak muka Soo Won yang comel itu. Setelah selesai berbual, Donghyun terus beredar. "Soo Won!!! Mamat tadi tu siapa? Boyfriend kau ye? Setahu aku, kau ni ganas orangnya. Lelaki malang manalah yang boleh terpikat dekat kau ni? Peliklah aku." kata Hye Won kepada Soo Won. " Betul kata Hye Son tu. Kau dah buat apa, sampai budak lelaki tu terpikat dekat kau?" sambung Rae Wook. "Ish!!! Dia tu bukan Boyfriend aku la! Mulut tu jaga sikit ya. Suka hati cakap aku ni ganas. Aku ni lemah lembut tau orangnya. Untung siapa dapat aku ni. Engkau orang pun untung dapat kawan macam aku ni yang selalu basuhkan baju engakau orang."balas Soo Won dengan nada menyindir. Setelah hampir setengah jam berlalu, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke kelas tarian lebih awal.
Di Studio Tarian
Semasa mereka sedang belajar gerak tarian yang baru, Rae Wook merasakan ada yang tidak kena pada dirinya. Dia merasa pening kepala yang teramat. Segala pandangannya menjadi kabur. Tetapi, dia tetap ingin meneruskan tariannya. Di sudut yang lain, ada seseorang yang sedang memerhatikan segala gerak tarian Rae Wook yang menjadi semakin pelik itu. Oleh kerana terlalu pening, Rae Wook tidak dapat mengawal segala gerak tariannya dan telah membuatnya hilang tumpuan. Untuk mengelakkannya daripada dimarahi oleh Miss Song ( guru tarian mereka), dia mengambil keputusan untuk pergi ke tandas. Dalam perjalanan untuk turun dari tangga, segala objek dan jalan dihadapannya menjadi kabur. Tanpa disadari, dia telah terjatuh dan mengakibatkan tulang kakinya retak. Dia mendapat tahu segalanya selepas dia sedar termasuklah berita tentang keadaannya yang membuatkan dia mungkin tidak dapat menari untuk selamanya. Hal ini terjadi disebabkan keretakan di tulang kakinya yang agak parah. " Siapa yang telah membawa saya ke hospital? Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya." tanya Rae Wook kepada Hye Son dan Soo Won. "Orang yang bawa kau ke hospital baru je balik. Dia kata, esok dia akan datang untuk melawat kau. Hensem jugak orangnya. Boyfriend kau ke?" balas Soo Won. Pada keesokan harinya, seperti yang telah dikatakan oleh Soo Won, Rae Wook menunggu kehadiran insan yang telah menolongnya. Hampir 1 jam dia menunggu lelaki tersebut, tetapi masih tidak muncul lagi. Dia merasa sangat bosan dan mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin secara senyap.Walaupun doktor telah memberitahu Rae Wook tentang keadaan kakinya itu, dia tetap berdegil. "Kenapalah engkau ni bodoh sangat Rae Wook. Kalau kau tak berdegil nak teruskan tarian itu dan tak mengambil keputusan untuk ke tandas, kau tak akan jadi macam ini. Kau tau tak yang kau dah musnahkan impian kau sendiri. Kau dah musnahkan impian kawan-kawan kau. Kau dah musnahkan bintang kau. Tak akan ada lagi bintang yang menerangi hidup kau. Kau memang tak guna. Aku benci diri aku!" keluh Rae Wook sambil mengalirkan air mata. Semasa Rae Wook sedang menangis dibawah pokok yang rendang, ada seorang lelaki datang menghampirinya dan duduk disebelahnya. "Itu semua bukan salah awak. Awak pun bukan sengaja menjatuhkan diri awak daripada tangga. Awak jangan risau. Doktor cuma cakap, awak mungkin tidak boleh menari untuk selamanya. Doktor tak ada memutuskan yang awak tidak boleh menari untuk selamanya. Jadi, awak masih ada bintang itu dan awak tak hancurkan impian siapa-siapa pun. Percaya pada diri awak sendiri dan ikut nasihat doktor. Awak tak boleh banyak bergerak. Okay?"kata Hongki kepada Rae Wook sambil menghulurkan sapu tangan kepadanya. "Kalau difikirkan semula, kata-kata awak itu ada juga betulnya. Saya tidak boleh menyerah begitu sahaja. Tapi, awak cakap memang senang. Awak tak ada dalam situasi saya sekarang. Awak ingat mudah bagi saya untuk mendapatkan kembali semangat saya yang dah hilang. Awak ingat saya boleh bertahan dengan keadaan saya yang sebegini. Kuat sangat ke awak nak hadapi keadaan seperti saya ini? Tarian adalah separuh daripada hidup saya. Awak faham tak masalah saya sekarang ni?" balas Rae Wook dengan nada marah yang bercampur dengan perasaan hampa. "Saya faham perasaan awak. Saya pun faham keadaan awak sekarang ni. Oleh itu saya datang ke sini untuk mengembalikan semangat awak yang hilang itu. Saya akan menyemai kembali semangat yang baru dalam diri awak supaya awak dapat kembali menari seperti sediakala. Rae Wook yang saya nampak dahulu adalah seorang yang periang, suka bergurau dan juga kepala batu. Saya ingin melihat kembali Rae Wook yang dahulu." jelas Hongki. "Hmmm.... Oh ya! Macam mana awak boleh tahu saya berada disini? Awak ke orang yang telah bawa saya ke hospital?" tanya Rae Wook dengan niat untuk menukar tajuk perbualan mereka. "First of all, saya nak minta maaf sebab saya mengekori awak ke tandas semalam. Saya buat begitu kerana saya risau dengan keadaan awak. Jawapan untuk soalan awak itu ialah benar. Saya lah yang telah membawa awak ke hospital. Awak tak tahu betapa paniknya saya masa itu." jelas Hongki sekali lagi.
Di Sebuah Rumah Sewa
Hampir 2 minggu rumah itu tidak kedengaran tawaan Rae Wook. Semasa Soo Won Sedang menyediakan sarapan pagi, pintu rumah mereka di ketuk. "Soo Won, hari ini kamu akan mendapat jiran baru. Awak dan Hye Won perlu menyambut baik jiran baru kita nanti. Tolong pesan dekat Hye Won sekali. Jangan lupa."pesan Puan Lee(tuan kepada rumah sewa mereka). Setelah menerima berita tersebut, mereka telah menyediakan beberapa jenis makanan untuk diberi kepada jiran baru mereka. Setelah 2 jam berlalu, jiran baru mereka telah pun tiba. Mereka tidak sabar ingin menyambut jiran baru itu. Hye Won sangat terkejut setelah melihat jiran baru itu. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat. Dia tidak percaya bahawa orang yang pernah menolong dia, sedang berada dihadapannya dan menjadi jirannya. "Saya Changjo dan ini adik saya Kwangmin. Kami harap kamu berdua dapat memberi tunjuk ajar dan melayan kami dengan baik." ucap Changjo sambil senyum kepada Hye Won. Semenjak Changjo menjadi jiran mereka, Changjo selalu meletakkan sekuntum bunga primerose berserta lolipop di dalam bakul basikal Hye Won secara senyap. Hye Won mula merasa hairan dengan kejadian tersebut. Sejak itu, dia mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut. Dia bercadang untuk meletakkan perangkap tikus didalam bakulnya dan kemudian dia akan menyorok disebalik langsir biliknya. Tepat jam 8:00 pagi, dia melihat seorang lelaki berbaju hitam dan bertopi sedang membawa sekumtum bunga primerose disertai lolipop menghampiri rumah mereka. Dia merasa sangat curiga dan terus turun ke ruang tamu untuk melihat lelaki tersebut dengan lebih jelas. "Aduh!!! Siapa pulak yang letak perangkap tikus dalam bakul ni?" rungut Changjo snmbil menahan sakit. "Saya yang letak! Awak siapa? Apa masalah awak? Kenapa awak letak bunga dan lolipop setiap hari dalam bakul saya? Baik awak cakap. Kalau tidak, saya akan telifon polis." bertubi-tubi soalan ditanya oleh Hye Won sambil mengerutkan dahinya. "Awak ni comel la. Kalau awak buat muka macam itu, lagi comel. Ini saya la, Changjo. Sorry.... sebab letak bunga dan lolipop ni secara senyap. Saya cuma nak jadi someone yang romentik. Saya ingatkan cara ni romentik. Hehehe... " jelas Changjo sambil melempakan senyuman yang sangat manis. "Itulah.... aku dah cakap kat kau, idea kau tu sia-sia je. Kau tak payah nak jadi romentik sangat. Idea kau tu, idea yang tak boleh di pakai oleh jejaka-jejaka romentik di luar sana. Salah satu daripadanya, aku. Ok lah hyung, aku nak keluar ambil angin." sindir Kwangmin dengan niat ingin memberi petunjuk kepada Hye Won bahawa Changjo menyukainya. " Ye la... jejaka romentik konon. Romentik apanya, kalau budak Ji Kyung tu pun kau tak boleh nak amek hatinya. Sudah la, kau keluar tu, jangan balik lambat sangat. Malam nanti aku nak keluar pulak." bebel Changjo kepada Kwangmin sambil di perhatikan oleh Hye Won. Semasa Changjo membebel kepada Kwangmin, dia ada menyebut nama Ji Kyung. Dia menjadi ingin tahu siapakah gadis yang bernama Ji Kyung itu untuk memastikan bahawa gadis itu kawannya atau tidak. " Tadi awak ada sebut nama seseorang. Tak silap saya, namanya Ji Kyung. Siapa orang itu? Boleh saya tahu?" tanya Hye Won yang ingin tahu. " Saya pun tak tahu siapa Ji Kyung tu. Saya tahu sebab kwangmin asyik menyebut nama budak itu setiap hari. Mungkin Girlfriend dia agaknya. Saya malas nak masuk campur. Oh ya... sebelum saya lupa, malam ini awak 'Free'? Saya ingat nak bawa awak jalan-jalan di sekitar Han River." terang Changjo sambil menanyakan tentang hasratnya itu. "Kalau macam itu, tak apalah. Saya tak ada buat apa-apa malam ini. Saya pun dah lama tak berjala-jalan di Han River. Awak tunggu saya pukul 8:00 malam tau?" jawab Hye Won sambil melemparkan senyumannya yang paling manis seumur hidupnya.
Friday, May 31, 2013
HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 3)
Posted by Unknown at 1:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment