Monday, December 14, 2015

BIG HERO(MALAY VERSION)

It's been a long time that i'm not updated my blog.. So, today i would like to share one of my assignment that i like the most.. Hope you enjoy the video.. I'm sorry if it the resolution a bit low.. The video is "BIG HERO(Malay Version)"



Tuesday, June 4, 2013

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 4)

Shopping Mall di Dongdaemun (DOOTA)


Ji Kyung merasa sangat bosan di asrama. Oleh kerana terlampau bosan, dia mengajak Rue untuk menemaninya pergi membeli-belah di DOOTA. Tetapi, Rue menolak tawaran Ji Kyung kerana dia ingin menonton rancangan kegemarannya iaitu RUNINGMAN. Tanpa melengahkan masa, Ji Kyung mengambil keputusan untuk pergi seorang diri. Setibanya dia di hadapan DOOTA, dia berharap agar tidak bertemu dengan sesiapa yang boleh membuatkan moodnya hilang. Setelah hampir 2 jam setengah di dalam DOOTA, dia menerima panggilan daripada Rue yang ingin memesan sehelai baju gaun putih yang eligen untuk digunakan semasa hari jadi kawannya. Dia juga memesan kepada Ji Kyung untuk membelikan sebuah beg tangan sebagai hadiah kawannya. " Kau ni Rue, tadi aku ajak untuk ikut aku, kau tak nak. Sekarang kau pesan macam-macam. Kau ingat aku ni pembantu peribadi kau ke? Nasib baik la aku bawa duit lebih. Kalau tidak, you must say good bye to your White Dress and your present." bebel Ji Kyung sambil menuju ke sebuah butik. Ketika dia sedang berbual dengan Rue di talian, dia telah terlanggar seseorang. " Maaf encik, saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Maaf ya..... " mohon Ji Kyung dengan harapan lelaki tersebut memaafkannya. Dengan rasa bersalah, Ji Kyung menghulurkan tangannya untuk membantu lelaki tersebut bangun. " Awak buta ke? Saya yang sebesar ini pun awak tak nampak ? Lain kali, kalau nak berbual dalam talifon berpada-pada. Jangan sampai tak nampak orang sekeliling." bebel lelaki tersebut. Setelah lelaki tersebut mengangkat kepalanya, Ji Kyung seolah-olah tidak percaya bahawa dia boleh berjumpa lagi dengan Kwangmin. Dia merasa sangat rimas kerana dia sering terserempak dengan Kwangmin. "Apa awak buat dekat sini? Dan lagi satu, macam mana awak boleh ada semasa majlis hari jadi Cikgu saya? Awak ni stalker ke?" tanya Ji Kyung dengan tenang. "Awak ingat Shopping Mall ni, awak yang punya. Awak ingat, awak sorang sahaja boleh shopping dekat sini. By the way, saya ada semasa majlis hari jadi itu, sebab saya sedang berkerja sambilan sebagai pelayan di majlis itu. Awak tu je yang takut sangat nampak saya. Saya ni macam perogol bersiri ke, sampai awak lari bila nampak saya. Hari ini pun awak nak lari jugak ke? Cuba awak jelaskan sikit sebabnya." balas Kwangmin sambil mempamirkan riak muka seperti jejaka tampan. " Oh ya? Saya tak tahu pun awak kerja sambilan sebagai pelayan masa itu. For you information, saya sebenarnya terkejut masa itu, sebab itu saya lari. Kalau awak kata muka awak macam perogol bersiri, saya rasa saya setuju. Sebab, bila nampak awak, saya rasa sedang berjumpa dengan singa yang kelaparan. Hehehe.... Dan lagi satu, sebenarnya saya dah lama tak ada kawan lelaki. That why, saya rasa janggal bila dekat dengan lelaki. Sekarang dah jelas?" terang Ji Kyung dengan harapan perbualannya dapat ditamatkan dengan segera. " Sedap mulut awak cakap saya macam singa yang kelaparan. Awak nak sangat tengok saya macam itu?" balas Kwangmin dengan niat ingin menakutkan Ji Kyung. "Kalau awak berani sangat, cubalah buat macam itu. Saya akan tendang awak seperti mana saya menendang budak jahat pada hari itu. Kalau awak nak merasa tendangan saya itu, saya memang mengalu-alukannya." balas Ji Kyung sambil tersenyum sinis. Tanpa menghiraukan kata-kata Ji Kyung, Kwangmin menarik Ji Kyung ke butik yang dia ingin pergi. Dia menyuruh Ji Kyung mencuba semua pakaian yang dia akan pilih untuk Ji Kyung. Semasa Kwangmin menarik tangannya, degupan jantungnya menjadi tidak stabil. Dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Setelah siap mencuba semua pakaian yang di pilih oleh Kwangmin, dia cuba melarikan diri dengan senyap. Tetapi, usahanya sia-sia kerana Kwangmin lebih peka daripada yang dia sangka. Dengan tidak teragak-agak, Kwangmin menarik tangan Ji Kyung untuk membawa Ji Kyung ke sesuatu tempat. Dia sengaja berbuat seperti itu kerana dia ingin menjadi lebih rapat dengan Ji Kyung. Semasa dalam perjalanan, Ji Kyung tidak berhenti-henti membebel kepadanya. Tetapi, dia memekakkan telinganya. Setibanya mereka ke tempat tersebut, Kwangmin menutup mata JiKyung dengan tangannya supaya tidak dapat melihat tempat tersebut. Apabila tangannya dilepaskan, Ji Kyung merasa seolah-olah tidak percaya bahawa dia sedang berdiri dihadapan Lotte World. Lotte World adalah salah satu tempat yang ingin dia pergi. Kegembiraan Ji Kyung sangat terserlah. Kwangmin merasa gembira kerana dia dapat melihat senyuman Ji Kyung yang tidak pernah dilihat olehnya selama ini. Semasa dia melihat senyuman Ji Kyung, dia merasakan sesuatu perasaan yang selama ini telah pudar sejak dia putus dengan bekas kekasihnya. Tanpa melengahkan masa, dia menarik Ji Kyung ke dalam dan menghabiskan masa mereka hingga petang. Setelah puas mencuba semua permainan di Lotte World, Kwangmin mengajak Ji Kyung pergi ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut mereka. Semasa di Lotte World, Kwangmin sempat mengambil gambar Ji Kyung secara senyap untuk di simpan. Tanpa mereka sedari, mereka menjadi semakin rapat. Ji Kyung juga bertukar nombor telifon dengan Kwangmin supaya mereka dapat berhubung. Kwangmin teringin menghantar Ji Kyung pulang ke rumah. Oleh itu, dia meminta kebenaran Ji Kyung untuk menghantarnya pulang ke rumah. Pada mulanya Ji Kyung menolak. Tetapi setelah melihat Kwangmin seperti beria-ia ingin menghantarnya pulang, dia bersetuju dengan tawaran Kwangmin itu. Setibanya di hadapan asrama, Kwangmin membisikan sesuatu kepada Ji Kyung. " If i fill up my heart and send it to you, will you able to accept it? Even if time plays a joke on us and blocks us, i want to hold your hand and win." bisik Kwangmin. Selepas hari itu, kata-kata itu sering kedengaran di telinga Ji Kyung dan membuatnya tidak keruan. Setiap perkara yang dia baut, ada sahaja yang salah. Dia semakin tidak faham dengan kelakuannya sejak akhir-akhir ini. Pada masa yang sama, Kwangmin sering menghantar pesanan kepadanya.

Di Taman Berdekatan Asrama Ji Kyung 

 Setelah hampir seminggu mereka berkawan, Kwangmin memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Ji Kyung. Oleh itu, dia mengajak Ji Kyung berjumpa di taman yang berdekatan dengan asramanya. Pada awalnya Ji Kyung tidak mahu pergi kerana dia mempunyai banyak kerja yang ingin dia selesaika pada hari itu juga. Oleh kerana dia tidak mahu menyakitkan hati Kwangmin, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya untuk waktu yang singkat sahaja. Setibanya dia di taman itu, dia tidak melihat kelibat Kwangmin di taman itu. Setelah menunggu selama 5 minit, dia merasakan dia telah membuang masanya dengan rancangan bodoh Kwangmin tersebut. Oleh kerana, rasa marah menyelubungi dirinya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke asrama. Semasa dia ingin pulang ke asrama, ada seorang budak perempuan dan budak lelaki datang kepadanya lalu memberi sejambak bunga kegemarannya iaitu bunga tulip dan juga sekeping kad yang tertulis ' I WANNA LOVE'.  setelah dia membaca kad tersebut, Kwangmin keluar daripada pokok besar dibelakangnya dan membisikkan sesuatu kepadanya. "It's been long since I've been hurt and cast aside. They say it's always like that, they say that love hurts. I just wanna forget it, but it was pretty hard. " bisik Kwangmin. Kemudian, dia berkata " Would you be my girlfriend?I'm unconditionally by your side. I'm a champion in your eyes. No matter what, I'll definitely be your side to protect you." luah Kwangmin dengan harapan cintanya di terima. Ji Kyung menjadi kaku buat sementara waktu. Otaknya juga tidak dapat memikirkan sesuatu akibat daripada terlalu terperanjat dengan situasi itu. Tetapi, Kwangmin dapat menganggap cintanya akan ditolak. Alangkahnya sayangnya, anggapan Kwangmin itu tidak betul. Ji Kyung tidak dapat menolak perasaannya itu lalu menerima cinta Kwangmin dengan hati yang tulus. " Saya suka style awak meluahkan perasaan. Awak menggunakan segala benda yang saya suka pada hari ini. Terima kasih atas segalanya." luah Ji Kyung. Tanpa di jangka, budak-budak tadi, menarik tangan Ji Kyung dan Kwangmin untuk disatukan. " Kakak dan abang jangan lupakan kita orang ya? Abang dan kakak gaduh-gaduh tau. Kita orang suka tengok abang dengan kakak. Kita orang balik dulu ya? Bye...Bye...." kata budak tersebut lalu beredar. Mereka berdua menjadi kaku dan muka masing-masing menjadi merah akibat tindakkan dan kata-kata budak tersebut.
Di Namsan Tower

Setelah Kwangmin berjaya mencuri hati Ji Kyung, kini giliran abangnya pula iaitu Changjo untuk meluahkan perasaannya terhadap Hye Won. Changjo telah merancang pelbagai benda untuk menambat hati Hye Won. Tanpa Changjo sedari, hati Hye Won semakin terbuka untuknya. Hye Won juga tidak menyangka hatinya akan terbuka untuk lelaki lain setelah dia dikhianati oleh bekas kekasihnya pada suatu ketika dahulu. Oleh sebab itu, Hye Won tidak pernah membuka hati untuk mana-mana lelaki sehingga lah dia berjumpa dengan Changjo di Jeju Island. Changjo mengajak Hye Won untuk pergi ke Namsan Tower iaitu tempat yang ingin Hye Won pergi bersama kekasihnya. Apabila mereka tiba di Namsan Tower, Changjo terus menutup mata Hye Won dengan sehelai kain. Hye Won terkejut dengan tindakkan Changjo itu. "Kenapa awak tutup mata saya? Macam mana saya nak jalan kalau awak tutup mata saya?" tanya Hye Won dengan perasaan yang gementar.
Apa yang akan terjadi dengan pasangan ini? Dan apa yang akan terjadi dengan pasangan yang lain? semuanya akan disambung esok......













Friday, May 31, 2013

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 3)

Pada Malam Majlis Tersebut itu Dilangsungkan

Semua orang yang berkenaan dijemput datang kemajlis hari jadi tersebut. Ramai yang hadirkan diri ke majlis tersebut. Malahan ada tetamu yang hadir terdiri daripada kalangan artis. Antaranya ialah Hyoyeon(SNSD), Lime(Hello Venus), Key(Shinee), Ilhoon(BTOB) dan ramai lagi. Pada malam itu, buat pertama kalinya Ji Kyung menjadi seorang yang 'clumsy'. Dia sangat terkejut setelah mendengar senarai tetamu yang di jemput ke majlis tersebut. Walaupun dia sudah menyediakan pakaian untuk malam tersebut, dia tetap menanyakan tentang penampilannya kepada rakan sebiliknya iaitu Rue. Setelah siap menghias dirinya, dia teringat sesuatu yang membuatkan dia begitu terperanjat. Matanya membesar seperti melihat emas didepan mata kerana dia teringat bahawa dia masih belum membeli kasut untuk majlis tersebut. "Tak kan la aku nak pakai sneaker kot. Dah la aku tak ada kasut untuk ke majlis. HA!!!!!! Ni yang aku benci. Kalau bukan gara-gara mamat tu, aku tak jadi macam ni. Aish....  Aku nak pakai apa malam ni? Boleh gila aku macam ni... " rungut Ji Kyung seorang diri. "Patut ke aku kasi hadiah yang budak lelaki tadi kasi? Tapi, aku takut aku kena baham saat-saat macam ni. Aduh....macam mana ni. Aku kesian pulak tengok dia ni. Macam orang hilang anak dah. Let me think first. Kalau difikirkan balik, sekarang la saat yang tepat bagi hadiah tu kat Ji Kyung. Kalau dia dah kelam-kabut macam ni, tak mungkin dia akan tanya siapa yang kasi hadia tu. YES!!! Go...Go... Rue. You can do it. Kena jugak aku berhadapan dengan minah yang hampir separuh gila ni." bisik Rue perlahan. " Hei Miss Clumsy. Ni aku ada sesuatu untuk kau. Kau cubalah bukak dan cuba. Aku tengok kau dah macam orang hilang anak dah. Tak sanggup aku nak tengok keadaan kau ni. Cepat sikit ye. Kita dah lambat dah ni. Kalau kau lambat, aku denda kau bersihkan tandas minggu ni. Nak? Kalau tak nak, baik kau cepat." kata Rue kepada Ji Kyung dengan selamba kerana tidak mahu diketahui dia bersubahat dengan Kwangmin. "Okay. Thanks a lot. Kau la kawan aku yang memahami keadaan aku sekarang. Dan aku nak ingatkan kau, jangan panggil aku aku Miss Clumsy. Aku belum tahap tu lagi."balas Ji Kyung."Wah.... cantiknya kasut ni... Esok aku pulangkan balik kat kau ye." balas Ji Kyung lagi sekali. "Tak payah nak pulangkan balik. Kasut tu kau punya dan kau boleh simpan untuk selama-lamanya. Lagi pun, aku bukannya minat warna pink. Tak payah banyak tanya lagi. Jom kita pergi." balas Rue. Setelah tiba di majlis tersebut, mereka terus menunjukkan kad jemputan mereka kepada pengawal yang mengawal pintu tersebut. " Ni kad kami. Boleh kami masuk sekarang?" kata Ji Kyung kepada pengawal tersebut. "Silakan masuk" balas pengawal tersebut." Ha! Sebelum saya lupa,baju encik tak sesuai dengan kasut encik la. Lagi satu,encik boleh tak cukur jambang encik sampai bersih?"tegur Ji Kyung dan Rue sambil ketawa. Mereka terus masuk ke majlis tersebut dengan cepat dan sambil ketawa sebelum pengawal tersebut membuka suara. "Kau nampak tak muka pakcik tu tadi. Mesti bengan gila. Kita ni kadang-kadang melampau jugakkan? Hahahaha...."kata Ji Kyung sambil ketawa."Perhatian kepada semua tetamu hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengahadirkan diri ke majlis ini. Jika semua sudah bersedia, mari kita mulakan majlis ini."maklum Miss Ji Ho(guru tarian Ji Kyung a.k.a birthday girl) kepada semua tetamu. Lilin kek telah ditiup dan potongan kek telah diagihkan kepada semua tetamu yang hadir. Ji Kyung dan Rue terpisah disebabkan orang yang ramai. Oleh itu, Ji Kyung terpaksa melayan dirinya sendiri. Tiba-tiba seorang pelayan datang kepadanya dan menawarkan pencuci mulut kepadanya. Apabila Ji Kyung pusing kebelakang, untuk kedua kalinya dia terkejut. Kali ini, dia hampir terlanggar seorang tetamu yang hadir kerana dia ingin menjarakkan dirinya daripada pelayan tersebut. Setelah menjarakkan dirinya sebanyak tiga langkah ke belakang, dia terus memusingkan badannya dan beredar daripada tempat tersebut dengan pantas. Dia menuju ke tandas wanita untuk menyorokkan dirinya daripada pelayang tersebut. " Aish.... Kenapalah dia tak habis-habis mengacau hidup aku. Dia ni guna alat apa, sampai tahu aku kat mana. Aduh... Ni dah kes berat ni. Dia ni stalker ke? Manalah Rue ni? Dari tadi telifon tak diangkat. Dia dah larikan diri ke? Atau...... " bisik Ji Kyung perlahan-lahan. Ji Kyung bergegas keluar daripada tandas untuk menemui Rue. Dalam perjalanan untuk keluar daripada majlis tersebut, dia terserempak lagi dengan pelayan tersebut. Sejurus dia melihat pelayan tersebut, dia meningkatkan tahap kelajuannya berjalan. Dia bernasib baik kerana tidak terlanggar pintu dihadapannya.

Di Asrama

Setibanya dia di asrama, dia terus meluru ke arah Rue dan meluahkan segala tanda tanya kepada Rue. " Rue!!! Kau dah buat apa sampai mamat tu boleh ada dekat majlis hari jadi Miss Ji Ho? Kau ke yang dah bagitahu tentang majlis ni? Kau bersubahat dengan mamat tu kan?Aku rimas la. Nasib baik aku tak tendang mamat tu. Baik kau cakap jujur dekat aku. Kau kan yang bagitahu mamat tu yang aku akan ke majlis hari jadi Miss Ji Ho? Betul tak yang aku cakap ni?"tanya Ji Kyung dengan nada tegas. " Cool down..Cool down... Apa ni main serbu je? Mamat mane pulak ni? Aku tak tahu pulak kau ni 'Playgirl'. Sejak bile ye? Itu lah, kan aku dah pernah ingatkan kau, jangan layan sangat budak lelaki yang berlatih dengan kita tu. Tengok sekarang apa dah jadi kat kau. Ha! lagi satu! aku bersubahat dengan siapa pulak ni? Kau ni betul-betul dan meroyan la."balas Rue dengan nada selamba. " Dalam situasi macam ni kau boleh pula berloya buruk dengan aku? Memang kau menempah bebelan maut daripada aku. Cakap la betul-betul... Kau tak kesian dekat aku ke Rue? Tolong la jujur dekat aku." balas Ji Kyung dengan nada tidak bermaya. " Okay la... Aku tak akan berloya buruk lagi. Tapi, kau tengah cakap pasal mamat mana pulak ni? Setahu aku, aku tak pernah nak bersubahat dengan orang yang aku tak kenal. Kau pun tahu aku ni macam mana orangnya kan?" balas Rue dengan rasa hairan. " Kalau macam itu, tak apalah. Lupakan sahaja apa yang aku cakap tadi. Just forget it." balas Ji Kyung. " Habis tu, kalau bukan Rue, siapa yang bagitahu aku ada dekat majlis itu? Ah... lupakan je la. Tak payah nak fikirkan mamat yang menjengkelkan tu. Mentang-mentang aku pernah tolong dia, dia ingat dia tu siapa? Entah-entah dia tu stalker. Menyeramkan!!!" bisik Ji Kyung dengan perlahan.

Di Sebuah Kafe Yang Bernama 'CHEONHO CAT CAFE'

Sebelum pegi ke kelas tarian, Rae Wook, Hye Won dan Soo Won singgah di Cheonho Cat Cafe. Mereka sangat menggemari kucing. Ketika mereka di Malaysia, mereka suka membela kucing yang tidak mempunyai tuan. Orang kata, jika kita membelai kucing, kita akan merasa sangat tenang. Jika fikiran mereka bercelaru, mereka akan membelai kucing tersebut dan meluahkannya kepada kucing. Mereka juga ada membela seekor kucing yang di panggil 'Hubby'. Mereka membela kucing tersebut selepas menjumpai kucing itu di dalam kotak. Ketika mereka sedang berbual-bual, mereka terkejut apabila ada seorang lelaki yang duduk di sebelah Soo Won dengan tiba-tiba. "Dah lebih seminggu saya tunggu awak telifon saya atau hantar pesanan kepada saya. Mentang-mentang awak senang hati, awak dah lupakan saya. Ye lah, siapa lah saya. Saya cuma temankan awak je masa tu. Itu pun dah kira untung saya tak langgar awak masa awak tengah mengelamun." kata Donghyun kepada Soo Won. " Mana ada macam tu. Saya tak lupakan awak la. Lagi pun, macam mana saya nak hubungi awak kalau saya tak ada nombor telifon awak? Hari tu pon saya tak sempat nak ucapkan terima kasih dekat awak sebab awak terus pergi je." balas Soo Won dengan selamba. "Oh ye ke? Kalau macam itu, cuba awak buka kocek depan beg awak tu. Mesti ada sesuatu kat dalam tu. Cari betul-betul.." balas Donghyun. " Tak ada pun... Tak ada apa-apa pun. Mungkin saya tercicir dekat rumah, sebab semalam saya keluarkan semua barang dari beg saya ni." jelas Soo Won. "Awak ni lembap la. Kasi telifon bimbit awak dekat saya sekarang. Awak jangan tanya untuk apa saya minta telifon bimbit awak tu. Awak cume perlu hulurkan telifon bimbit awak kepada saya sahaja." pinta Donhyun. Donghyun menaip sesuatu didalam telifon bimbit kepunyaan Soo Won dan memulangkannya kembali. "Ini nombor telifon saya. Jaga nombor telifon saya ni baik-baik. Jangan sampai hilang. Kalau awak ada masalah, awak boleh hubungi saya. Okay? Do you understand?" bisik Donghyun kepada Soo Won. "Terima kasih. Saya akan hubungi awak jika saya ada masalah. Lagi satu, saya nak tanya, macam mana awak boleh tahu saya dekat sini?" tanya Soo Won dengan nada hairan. " Saya ada aura yang boleh mengetahui kedudukan awak. Lagipun, saya dah pasang pengintip untuk mengekori awak ke mana sahaja." balas Donghyun sambil senyum sinis. " Betul ke? Saya nak report polis la macam ni. Kalau saya dapat tahu semua ni betul, saya akan hentak awak dan campakkan awak ke dalam sungai. Awak jangan main-main dengan saya, saya ada tali pinggang hitam tau. Kalau awak nak rasa tendangan maut daripada saya, cuba la buat semua tu." balas Soo Won. "Ala... Saya cuma bergurau je. Tapi, saya nak awak simpan je tendangan maut awak tu sebab saya lebih hebat daripada awak. Awak ingat awak sorang je yang ada tali pinggang hitam, saya pon ada. Kalau boleh, saya pakai tali pinggang hitam tu kemana-mana je. Di sebabkan saya ni tak suka menunjuk-nunjuk, saya simpan tali pinggang tu dekat rumah." balas Donghyun sambil ketawa kerana melihat riak muka Soo Won yang comel itu. Setelah selesai berbual, Donghyun terus beredar. "Soo Won!!! Mamat tadi tu siapa? Boyfriend kau ye? Setahu aku, kau ni ganas orangnya. Lelaki malang manalah yang boleh terpikat dekat kau ni? Peliklah aku." kata Hye Won kepada Soo Won. " Betul kata Hye Son tu. Kau dah buat apa, sampai budak lelaki tu terpikat dekat kau?" sambung Rae Wook. "Ish!!! Dia tu bukan Boyfriend aku la! Mulut tu jaga sikit ya. Suka hati cakap aku ni ganas. Aku ni lemah lembut tau orangnya. Untung siapa dapat aku ni. Engkau orang pun untung dapat kawan macam aku ni yang selalu basuhkan baju engakau orang."balas Soo Won dengan nada menyindir. Setelah hampir setengah jam berlalu, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke kelas tarian lebih awal.

Di Studio Tarian

Semasa mereka sedang belajar gerak tarian yang baru, Rae Wook merasakan ada yang tidak kena pada dirinya. Dia merasa pening kepala yang teramat. Segala pandangannya menjadi kabur. Tetapi, dia tetap ingin meneruskan tariannya. Di sudut yang lain, ada seseorang yang sedang memerhatikan segala gerak tarian Rae Wook yang menjadi semakin pelik itu. Oleh kerana terlalu pening, Rae Wook tidak dapat mengawal segala gerak tariannya dan telah membuatnya hilang tumpuan. Untuk mengelakkannya daripada dimarahi oleh Miss Song  ( guru tarian mereka), dia mengambil keputusan untuk pergi ke tandas. Dalam perjalanan untuk turun dari tangga, segala objek dan jalan dihadapannya menjadi kabur. Tanpa disadari, dia telah terjatuh dan mengakibatkan tulang kakinya retak. Dia mendapat tahu segalanya selepas dia sedar termasuklah berita tentang keadaannya yang membuatkan dia mungkin tidak dapat menari untuk selamanya. Hal ini terjadi disebabkan keretakan di tulang kakinya yang agak parah. " Siapa yang telah membawa saya ke hospital? Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya." tanya Rae Wook kepada Hye Son dan Soo Won. "Orang yang bawa kau ke hospital baru je balik. Dia kata, esok dia akan datang untuk melawat kau. Hensem jugak orangnya. Boyfriend kau ke?" balas Soo Won. Pada keesokan harinya, seperti yang telah dikatakan oleh Soo Won, Rae Wook menunggu kehadiran insan yang telah menolongnya. Hampir 1 jam dia menunggu lelaki tersebut, tetapi masih tidak muncul lagi. Dia merasa sangat bosan dan mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin secara senyap.Walaupun doktor telah memberitahu Rae Wook tentang keadaan kakinya itu, dia tetap berdegil. "Kenapalah engkau ni bodoh sangat Rae Wook. Kalau kau tak berdegil nak teruskan tarian itu dan tak mengambil keputusan untuk ke tandas, kau tak akan jadi macam ini. Kau tau tak yang kau dah musnahkan impian kau sendiri. Kau dah musnahkan impian kawan-kawan kau. Kau dah musnahkan bintang kau. Tak akan ada lagi bintang yang menerangi hidup kau. Kau memang tak guna. Aku benci diri aku!" keluh Rae Wook sambil mengalirkan air mata. Semasa Rae Wook sedang menangis dibawah pokok yang rendang, ada seorang lelaki datang menghampirinya dan duduk disebelahnya. "Itu semua bukan salah awak. Awak pun bukan sengaja menjatuhkan diri awak daripada tangga. Awak jangan risau. Doktor cuma cakap, awak mungkin tidak boleh menari untuk selamanya. Doktor tak ada memutuskan yang awak tidak boleh menari untuk selamanya. Jadi, awak masih ada bintang itu dan awak tak hancurkan impian siapa-siapa pun. Percaya pada diri awak sendiri dan ikut nasihat doktor. Awak tak boleh banyak bergerak. Okay?"kata Hongki kepada Rae Wook sambil menghulurkan sapu tangan kepadanya. "Kalau difikirkan semula, kata-kata awak itu ada juga betulnya. Saya tidak boleh menyerah begitu sahaja. Tapi, awak cakap memang senang. Awak tak ada dalam situasi saya sekarang. Awak ingat mudah bagi saya untuk mendapatkan kembali semangat saya yang dah hilang. Awak ingat saya boleh bertahan dengan keadaan saya yang sebegini. Kuat sangat ke awak nak hadapi keadaan seperti saya ini? Tarian adalah separuh daripada hidup saya. Awak faham tak masalah saya sekarang ni?" balas Rae Wook dengan nada marah yang bercampur dengan perasaan hampa. "Saya faham perasaan awak. Saya pun faham keadaan awak sekarang ni. Oleh itu saya datang ke sini untuk mengembalikan semangat awak yang hilang itu. Saya akan menyemai kembali semangat yang baru dalam diri awak supaya awak dapat kembali menari seperti sediakala. Rae Wook yang saya nampak dahulu adalah seorang yang periang, suka bergurau dan juga kepala batu. Saya ingin melihat kembali Rae Wook yang dahulu." jelas Hongki. "Hmmm.... Oh ya! Macam mana awak boleh tahu saya berada disini? Awak ke orang yang telah bawa saya ke hospital?" tanya Rae Wook dengan niat untuk menukar tajuk perbualan mereka. "First of all, saya nak minta maaf sebab saya    mengekori awak ke tandas semalam. Saya buat begitu kerana saya risau dengan keadaan awak. Jawapan untuk soalan awak itu ialah benar. Saya lah yang telah membawa awak ke hospital. Awak tak tahu betapa paniknya saya masa itu." jelas Hongki sekali lagi.

Di Sebuah Rumah Sewa

Hampir 2 minggu rumah itu tidak kedengaran tawaan Rae Wook. Semasa Soo Won Sedang menyediakan sarapan pagi, pintu rumah mereka di ketuk. "Soo Won, hari ini kamu akan mendapat jiran baru. Awak dan Hye Won perlu menyambut baik jiran baru kita nanti. Tolong pesan dekat Hye Won sekali. Jangan lupa."pesan Puan Lee(tuan kepada rumah sewa mereka). Setelah menerima berita tersebut, mereka telah menyediakan beberapa jenis makanan untuk diberi kepada jiran baru mereka. Setelah 2 jam berlalu, jiran baru mereka telah pun tiba. Mereka tidak sabar ingin menyambut jiran baru itu. Hye Won sangat terkejut setelah melihat jiran baru itu. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat. Dia tidak percaya bahawa orang yang pernah menolong dia, sedang berada dihadapannya dan menjadi jirannya. "Saya Changjo dan ini adik saya Kwangmin. Kami harap kamu berdua dapat memberi tunjuk ajar dan melayan kami dengan baik." ucap Changjo sambil senyum kepada Hye Won. Semenjak Changjo menjadi jiran mereka, Changjo selalu meletakkan sekuntum bunga primerose berserta lolipop di dalam bakul basikal Hye Won secara senyap. Hye Won mula merasa hairan dengan kejadian tersebut. Sejak itu, dia mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut. Dia bercadang untuk meletakkan perangkap tikus didalam bakulnya dan kemudian dia akan menyorok disebalik langsir biliknya. Tepat jam 8:00 pagi, dia melihat seorang lelaki berbaju hitam dan bertopi sedang membawa sekumtum bunga primerose disertai lolipop menghampiri rumah mereka. Dia merasa sangat curiga dan terus turun ke ruang tamu untuk melihat lelaki tersebut dengan lebih jelas. "Aduh!!! Siapa pulak yang letak perangkap tikus dalam bakul ni?" rungut Changjo snmbil menahan sakit. "Saya yang letak! Awak siapa? Apa masalah awak? Kenapa awak letak bunga dan lolipop setiap hari dalam bakul saya? Baik awak cakap. Kalau tidak, saya akan telifon polis." bertubi-tubi soalan ditanya oleh Hye Won sambil mengerutkan dahinya. "Awak ni comel la. Kalau awak buat muka macam itu, lagi comel. Ini saya la, Changjo. Sorry.... sebab letak bunga dan lolipop ni secara senyap. Saya cuma nak jadi someone yang romentik. Saya ingatkan cara ni romentik. Hehehe... " jelas Changjo sambil melempakan senyuman yang sangat manis. "Itulah.... aku dah cakap kat kau, idea kau tu sia-sia je. Kau tak payah nak jadi romentik sangat. Idea kau tu, idea yang tak boleh di pakai oleh jejaka-jejaka romentik di luar sana. Salah satu daripadanya, aku. Ok lah hyung, aku nak keluar ambil angin." sindir Kwangmin dengan niat ingin memberi petunjuk kepada Hye Won bahawa Changjo menyukainya. " Ye la... jejaka romentik konon. Romentik apanya, kalau budak Ji Kyung tu pun kau tak boleh nak amek hatinya. Sudah la, kau keluar tu, jangan balik lambat sangat. Malam nanti aku nak keluar pulak." bebel Changjo kepada Kwangmin sambil di perhatikan oleh Hye Won. Semasa Changjo membebel kepada Kwangmin, dia ada menyebut nama Ji Kyung. Dia menjadi ingin tahu siapakah gadis yang bernama Ji Kyung itu untuk memastikan bahawa gadis itu kawannya atau tidak. " Tadi awak ada sebut nama seseorang. Tak silap saya, namanya Ji Kyung. Siapa orang itu? Boleh saya tahu?" tanya Hye Won yang ingin tahu. " Saya pun tak tahu siapa Ji Kyung tu. Saya tahu sebab kwangmin asyik menyebut nama budak itu setiap hari. Mungkin Girlfriend dia agaknya. Saya malas nak masuk campur. Oh ya... sebelum saya lupa, malam ini awak 'Free'? Saya ingat nak bawa awak jalan-jalan di sekitar Han River." terang Changjo sambil menanyakan tentang hasratnya itu. "Kalau macam itu, tak apalah. Saya tak ada buat apa-apa malam ini. Saya pun dah lama tak berjala-jalan di Han River. Awak tunggu saya pukul 8:00 malam tau?" jawab Hye Won sambil melemparkan senyumannya yang paling manis seumur hidupnya.

Wednesday, May 29, 2013

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 2)

Lima Tahun Kemudian


Pada pagi yang indah dan disertai dengan kicauan burung, Rae Wook, Hye Won dan Soo Won sedang sersiap-siap untuk pergi ke kelas vokal dan tarian. Sudah 5 tahun berlalu, mereka masih belum berjumpa dengan Ji Kyung. Walaupun mereka sudah berjaya melepasi ujibakat nyanyian tersebut, mereka tidak mendengar satu berita daripada daripada syarikat yang melatih mereka tentang peserta yang berjaya daripada Jepun. Mereka hanya di beritahu bahawa peserta yang berjaya, tidak akan dilatih di tempat yang sama. " Rae Wook...... Soo Won..... Aku ada berita baik aku untung korang" jerit Hye Won kegembiraan. "Tak payah la nak jerit- jerit!" kata Soo Won dan Rae Wook. " Kau tak tau ke yang kita dekat mana sekarang? Kita sekarang dekat studio tarian, bukan studio nyanyian. Kita semua boleh kena marah kalau suara kau yang merdu tu, bergema satu syarikat ni. Apa dia berita yang gembira sangat tu? Kalau kau nk beritahu yang kita ada boleh belatih separuh hari untuk hari ni, tu bukan berita baik." jelas Soo Won. Setelah mereka dapat tahu yang mereka berpeluang bercuti di Jepun, mereka melompat-lompat kegembiraan. Pada masa yang sama, mereka dimarahi oleh pelatih mereka kerana membuat bising.

Tiba Di Jepun

"Wah..... Cantiknya pemandangan di Jepun ni.... Tak sabar-sabar saya nak jumpa dengan Ji Kyung" kata Rae Wook. Mereka diarahkan untuk terus ke rumah sewa yang telah disediakan dan mereka tidak dibenarkan untuk pergi kemana-mana pada hari tersebut kerana mereka harus bersedia untuk satu aktiviti. Pada saat mereka di Jepun, Ji Kyung sedang berlatih vokal di sebuah studio di Korea. Sebenarnya, mereka semua di tempatkan di negara yang sama, tetapi tempat yang berlainan. Hanya syarikat saja yang tahu tempat-tempat latihan mereka. Pada keesokan harinya, Rae Wook dan Hye Won sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Mereka dibenarkan bersiar-siar di sekitar Jepun untuk dua hari sahaja kerana mereka hanya berada di Jepun untuk 3 hari sahaja. Puas mereka berjalan di sekitar Jepun, tetapi bayang-bayang Ji Kyung pun tidak kelihatan di sekitar Jepun. Setelah puas mereka mencari, mereka singgah di sebuah kafe yang bernama ' Remember '. Suasana di kafe tersebut sangat tenang dan dihiasa dengan tema yang santai. Semasa mereka ingin beredar daripada kafe tersebut, mereka terserempak dengan ibu kepada Ji Kyung. Mereka sangat terkejut dan merasa seperti tidak percaya. Mereka bertanya tentang Ji Kyung tetapi, jawapan yang mereka terima seakan-akan tidak boleh dipercayai. Ibu Ji Kyung memberitahu mereka bahawa Ji Kyung telah membawa dirinya sejak 3 tahun yang lalu. Ji Kyung tidak memberitahu ibu bapanya tentang keberadaannya sekarang. Dia hanya memberitahu yang dia berada dalam keadaan yang sihat dan dia sedang berkerja sambilan untuk membayar sewa rumahnya sekarang. Setelah mendengar cerita tersebut, mereka merasa seolah-olah, mereka tidak akan dapat berjumpa dengan Ji Kyung untuk selama-lamanya. Tetapi, mereka masih berpegang kepada kata-kata ' Harapan adalah Impian dan Ia tidak akan pernah tidur'. Dengan kata-kata itu, mereka tetap dengan pendirian mereka untuk merealisasikan impian mereka walaupun dengan ketiadaan Ji Kyung disisi mereka.

Kembali Ke Korea

Setibanya mereka di Korea, mereka diberi cuti selama seminggu kerana studio yang mereka gunakan akan diguna untuk sekumpulan artis daripada syarikat tersebut berlatih. Mereka mengambil keputusan untuk bercuti di tempat yang berlainan. Rae Wook bercuti di Jeju Island, Hye Won pula bercuti di Nami Island manakala Soo Won pula hanya menghabiskan cutinya di Seoul. 

Di Jaju Island

Semasa Rae Wok sedang asyik dengan melihat keindahan alam di Jaju Island, dia tidak sedar bahawa dia telah tersesat. Setelah mengetahui dia telah jauh tersesat, dia menjadi sangat cemas dan tidak tahun hendak kemana. Dalam keadaan yang cemas itu, dia terserempak dengan rakannya yang berasal daripada korea. Dia sangat bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan Hongki. Oleh kerana hari masih cerah, Rae Wook sambung bersiar-siar di Jeju Island dengan panduan Hongki. Semasa mereka bersiar-siar di Jeju Island, Hongki merasakan sesuatu yang lain tentang Rae Wook. Dia juga rasa ingin mengenali Rae Wook dengan lebih dalam. "Apa kata, kita balik ke Seoul bersama? Awak tak kisah kan? Saya takut saya sesat lagi. Saya ni bukan tahu sangat tentang selok belok di Jeju Island ni. Tak pasal-pasal saya tak balik nanti. Lagi pun, kita kan dilatih di bawah syarikat yang sama. Awak tak kisah kan?" kata Rae Wook kepada Hongki. "Saya balik saing awak? Saya??? Awak dah kenapa? Dulu masa dekat Seoul, saya nak hantar awak balik pun awak tak nak. Ni lagi awak nak balik Seoul dengan saya? Awak tak takut ke kalau saya culik awak? Lepas tu saya jual awak. Awak tak takut ke?" balas Hongki sambil membeliakkan mata. "Awak memang nak minta penampar dari saya agaknya. Kalau awak berani, awak buat la. Saya ada tali pinggang hitam tau. Awak nak saya campak awak dekat sungai ke? Lagi pun, yang pasal awak nak hantar saya balik tu, saya tolak sebab saya dengan kawan-kawan saya ada urusan yang perlu diuruskan. Awak pon satu, nak promote motor awak tu tak kena mase." balas Rae Wook. " Wah.... hebat la awak ni. Kalau macam tu, saya setuju la nak temankan awak balik ke Seoul. Tapi, awak kene bagi saya upah tau." balas Hongki. Ni yang buat saya suka dekat awak." bisik Hongki dalam hatinya. Tanpa di sedari, mereka telah banyak mengahabiskan masa bersama-sama. Walaupun mereka sering bertengkar, Rae Wook tidak perasan akan perubahan Hongki terhadapnya. Setelah tiba masanya, mereka pulang ke Seoul bersama seperti yanng dijanjikan oleh Hongki.

Di Nami Island

Hye won pula lain ceritanya. Setelah tibanya dia di Nami Island, dia terus ke tempat pengambaran Winter Sonata untuk melihat suasana keadaan tersebut. Tempat tersebut sangat sesuai untuk pasangan kekasih dan pasangan yang baru berkahwin. Semasa asyik melihat suasana itu, dia teringat kepada saat-saat mereka di Malaysia dan saat-saat mereka bergurau senda bersama Ji Kyung. Tanpa disedari, air mata telah mengalir. Mujurlah tiada orang yang melihat keadaan tersebut. Pada masa yang sama, ada seseorang telah menghulurkan sehelai sapu tangan kepadanya lalu beredar. Dia sangat terkejut kerana sangakaannya salah. Rupanya, ada orang yang telah terlihat dia mengalirkan air mata. Dalam keadaan yang sangat terkejut, dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus beredar setelah memberi sapu tangan kepadanya. Pada keesokan harinya, dia bersiar-siar disebuah taman bunga dan secara tidak sengaja, dia terserempak lagi dengan lelaki tersebut. Mujurlah dia membawa sapu tangan yang telah dipinjamkan kepadanya. Dia dengan berani menghampiri lelaki tersebut dan menegurnya. Lelaki tersebut seolah-olah terkejut. " Anyeonghaseyo" ucap lelaki tersebut. "Anyeonghaseyo" jawab Hye Son. " Saya Hye Son dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana pinjamkan sapu tangan awak" kata Hye Son kepada lelaki tersebut. " Saya Changjo. Awak tak perlu nak ucapkan terima kasih kepada saya. Sebenarnya, saya telah mengikuti awak selepas awak tiba di Nami Island. Saya lihat yang awak ni bukan berasal daripada Korea. Oleh sebab itu saya ekori awak untuk memastikan awak tidak tersesat. Secara tidak sengaja saya terlihat awak menangis lalu cepat-cepat saya bagi sapu tangan saya kepada awak kerana terkejut dengan keadaan awak. Selepas saya bagi sapu tangan tu, saya terus menyorok di belakang sebuah pokok. Saya minta maaf sebab mengekori awak sepanjang hari semalam." jelas Changjo kepada Hye Son. Setelah  mendengar penjelasan daripadanya, Hye Son mengambil keputusan untuk memaafkannya. Lagi pun, dia tidak tahu selok belok di Nami Island. Oleh itu, dia meminta tolong daripada Changjo untuk menunjukkan tempat-tempat yang menarik di Nami Island tersebut. Semakin hari mereka semakin rapat. Changjo memberi nombor telifonnya kepada Hye Son agar mereka dapat berhubung selepas Hye Son tiba di Seoul.

Di Seoul

Soo Won melakukan aktivitinya seperti biasa. Sehingga satu hari, dia terasa ingin pergi ke Lotte World, N Tower dan tempat-tempat yang popular di Seoul. Semasa Soo Won hendak menunggu taksi untuk ke Lotte World, dia hampir di langgar oleh sebuah motor kerana mengelamun. Dia juga teringat saat-saat dia bergembira bersama rakan-rakannya terutama sekali Ji Kyung. Ji Kyung boleh dikatakan sebagai 'Mood Maker'. Semasa mereka di Malaysia, mereka selalu keluar bersama-sama. Mujurlah motor tersebut sempat mengelak dan berhenti. Penunggang tersebut merasa marah tetapi rasa marahnya bertukar menjadi rasa simpati selepas dia melihat Soo Won terduduk sambil menangis. Penungan tersebut terkaku dan tidak tahu  utunk membuat apa. Dengan beraninya, dia mendekatkan dirinya kepada Soo Won untuk melihat keadaannya. Secara mengejut, Soo Won memeluk penunggang tersebut kerana dia menyangka penunggang tersebut adik lelakinya yang berada di Malaysia. Penunggang tersebut terus terkaku dan tidak boleh berfikir sesuatu sebagai tindakannya. Setelah Soo Won reda daripada menangis, dia terkejut dengan tindakannya itu.  Dengan rasa malu dan bengang, dia meminta maaf kepada penunggang tersebut. " Saya minta maaf atas tindakan saya tadi. Saya betul-betul minta maaf. Saya ingat awak ni adik lelaki saya. Saya minta maaf sekali lagi" kata Soo Won kepada penunggang tersebut. " Tak apa, saya faham keadaan awak sekarang. Awak hendak kemana sebenarnya? Boleh saya tumpangkan awak?" kata penunggang tersebut kepada Soo Won. " Saya sebenarnya ingin ke Lotte World. Tak apalah, saya boleh pergi naik teksi. Saya tak mahu susahkan awak Sudah cukup saya membuat awak terkejut tadi." jelas Soo won kepada peninggang tersebut. " Saya pon hendak ke Lotte World. Awak bolehlah tumpang saya. Kite nak pergi ke tempat yang sama. Apasalahnya? Oh ye, nama awak sapa? Nama saya Donghyun." kata penunggang tersebut kepada Soo Won. " Nama saya Soo Won" jawab Soo Won sambil senyum. Setelah penunggang tersebut berusaha memujuknya, dia bersetuju untuk pergi ke Lotte World bersama. Setelah tiba di Lotte World, Donghyun mengambil keputusan untuk jalan bersama Soo Won. Tanpa disadari, mereka telah menghabiskan masa mereka bersama. Setelah seharian berjalan-jalan, Donghyun mengambil keputusan untuk menghantar Soo Won pulang. Pada masa yang sama, Donghyun merasa sesuatu yang berbeza dengan Soo Won. Dia ingin lebih mengenali Soo Won. Setelah tiba dihadapan rumah sewa Soo Won, Donghyun menulis sesuatu diatas sehelai kertas kecil dan selitkannya didalam beg Soo Won. Soo Won tidak sedar akan perbuatan Donghyun tersebut. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Donghyun, Donghyun terus beredar tanpa membalasnya. Soo Won hanya berfikir bahawa Donghyun mungkin ada hal yang ingin dia selesaikan.

Di Sebuah Studio Di Korea 

Sementara Rae Wook, Hye Son dan Soo Won bergembira kerana dapat bercuti, Ji Kyung hanya berlatih di sebuah studio tarian seorang diri kerana dia tidak mendapat cuti dan dia perlu memperbaiki semua gerak tariannya. Setelah penat berlatih, akhirnya waktu latihannya tamat pada pukul 8:00 malam. Dia hanya dapat merehatkan diri selama 4 jam sahaja. Kemudian dia perlu ke kelas vokal hingga pukul 4:00 pagi. Pada hari itu, dia merasa ingin bersiar-siar untuk mengambil angin kerana dia suka melihat lampu-lapum yang menghiasi Seoul pada waktu malam. Dia hanya ingin menuju ke Han River untuk melihat pancutan air yang berwarna-warni. Setelah tiba di Han River, dia terus menuju ke arah sepohon pokok dan duduk dibawahnya. Kemudian dia memandang kearah langit untuk melihat bintang-bintang yang menghiasi malam itu. Dia teringat akan suasana dimana dia dan rakan-rakannya itu baring dibawah sepohon pokok yang rendang sambil melihat bintang-bintang di langit. Dari situ lah mereka mengukir cita-cita untuk menjadi penyanyi yang bersinar seperti bintang yang memberi sinar pada waktu malam. Ketika dia masih dihanyut oleh lamunan, dia disedarkan oleh situasi yang mengejutkan. Ada seorang lelaki yang sedang dipukul oleh sekumpulan budak jahat. Dia sangat terkejut lalu dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan lelaki tersebut. Mujurlah dia pernah belajar seni mempertahankan diri semasa dia di Malaysia dan di Jepun. Dengan beraninya, dia menuju ke tempat kejadian itu, lalu menolak salah seorang daripada budak jahat tersebut. Yang lain, terperanjat akan tidakan Ji Kyung yang berani itu. Tanpa menghiraukan jantina, budak jahat itu menyerang Ji Kyung tetapi gagal kerana dia dapat menepis setiap serangan budak jahat tersebut. Sekumpulan budak jahat tersebut melarikan diri dan meninggalkan seorang budak lelaki yang diserang dan Ji Kyung. Dengan rasa kasihan, Ji Kyung menghulurkan tangannya pada budak lelaki itu untuk membantunya bangun. Setelah selesai menghantar budak lelaki tersebut ke klinik, Ji Kyung terus pulang ke asramanya untuk menyiapkan diri untuk ke kelas vokal. Budak lelaki tersebut tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Ji Kyung. Tetapi, tanpa disadari, Ji Kyung tertinggal beg dompetnya. Budak lelaki tersebut menyimpan beg dompet Ji Kyung dan berharap suatu hari nanti dia dapat mengucapkan terima kasih dan membalas jasanya.

Di Myundong 

Seminggu berlalu dengan pantas sekali. Rae Wook, Hye Won dan Soo Won menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa manakala Ji Kyung pula diberi kebenaran untuk berlatih separuh hari. Oleh kerana banyak masa yang terluang, dia mengajak rakan sebiliknya untuk berjalan-jalan di Myundong dan sekaligus membeli-belah. Setibanya mereka di Myundong, mereka terus menuju ke sebuah kedai pakaian. Kemudian mereka menuju ke sebuah kedai kasut untuk mencari sebuah kasut yang sesuai bagi majlis hari jadi guru tarian mereka. Semasa mereka sedang memilih kasut, Ji Kyung merasakan belakangnya ditepuk oleh seseorang. Apabila dia memandang ke belakang, dia melihat budak lelaki yang ditolong olehnya sedang berdiri dibelakangnya. Dia begitu terperanjat. " Bagaimana awak boleh mengenali saya? Macam mana awak boleh ada disini?" tanya Ji Kyung dengan nada hairan. " Saya berkeja sambilan disini. Dari tadi saya melihat awak memilih kasut tetapi tiada satu pun yang awak berkenan. Untuk membalas jasa awak kerana menolong saya hari itu, saya ingin memilihkan sebuah kasut untuk awak dan membayarkannya untuk awak. Oh ya! Nama saya Kwangmin. Jo Kwangmin. Nama awak pula?" balas budak lelaki tersebut. " Tak apalah, saya boleh pilih sendiri dan boleh membayarnya sendiri. Awak tak payah susah-susah nak pilihkannya untuk saya dan bayarkannya untuk saya. Saya tak perlukan balasan daripada awak. Faham?" balas Ji Kyung. " Macam mana awak nak bayar kalau beg dompet awak tak ada pada awak? Sekurang-kurangnya, kalau awak tak nak saya balas jasa awak tu, bagi tahu saya nama awak sapa? Kan mudah." balas lelaki itu. "Macam mana awak tahu beg dompet saya hilang? Awak ke yang ambil beg dompet saya? Membazir sahaja saya tolong awak. Pulangkan balik beg dompet saya. Kalau tidak, saya akan memberitahu orang ramai bahawa awak seorang pencuri." jawab Ji Kyung dengan nada yang tegas. " Mana ada saya curi beg dompet awak. awak jaga mulut sikit ya? Jangan main cakap je. Awak yang lalai. Beg dompet awak jatuh mase awak keluar daripada klinik hari itu. Nasib baik saya yang nampak, kalau tak beg dompet awak tu dah lama orang lain curi. Ni untung saya simpankan untuk awak." terang Kwangmin kepada Ji Kyung. " Oh ye ke? Ada saya kesah? Pulangkan balik beg dompet saya!" balas Ji Kyung. " Saya tak akan pulangkan beg dompet awak selagi awak tak bagi tahu nama awak siapa." kata Kwangmin. " Baiklah, nama saya Ji Kyung. Lee...Ji...Kyung... Puas hati? Mana beg dompet saya?" balas Ji Kyung. " Ye, saya puas sekarang. Ni beg dompet awak. Ha! lagi satu, sebelum saya lupa. Terima kasih banyak-banyak Lee....Ji...Kyung.... sebab sudi tolong saya hari itu." balas Kwangmin. Setelah itu, Ji Kyung cepat-cepat beredar daripada kedai itu. Tanpa dia sadari, Kwangmin telah memberi sesuatu kepada rakannya. Sesuatu yang dibungkus dengan bungkusan yang serba pink. "Tolong bagi hadiah ini pada Ji Kyung okay? Dan jangan bagitahu dia siapa yang bagi hadiah ni pada dia. Okay? Thanks a lot. I Hope you will help me. Ni sahaja jalan yang ada untuk saya balas balik jasa dia. Please....." mohon Kwangmin kepada rakan Ji Kyung. " Okay! Saya akan cuba tolong awak sebab dia ni susah nak terima hadiah daripada orang yang dia tak kenal."balas rakan Ji Kyung.

APAKAH YANG AKA TERJADI SETERUSNYA? SAYA AKAN SAMBUNG ESOK.... 

Tuesday, May 28, 2013

~I'll Back With New Story~

Hello everyone...
Dah lame tak bukak blog and upgrade. Skrng ni ngah cuti sklh.... Yeah!!!  Yng bestnye cuti kali ni, sklh wat kls tmbhan untk plajar PMR, SPM dan juga plajar form 4... Mmng gempak la kn... Tpi, syok gak sbb tak la dok umah je. By the way, korang cuti sklh ni wat pe je? Msti bnyk bende yng korang dah plan. Msti syok kn klu cuti sklh ni tak de keje sklh and bleh bercuti ngan kluarga or hangout ngan bestfriend.... Untk cuti kli ni, Ira mmng tak plan ape2 pon. Just plan nak siapkan tugas yng cikgu bagi and dok umah tengok TV. Ira ade gak plan nak hangout ngan kawan, tpi ade yng nk blk kg, tak de transport and tak dpt join. Mmng tak jadi la plan Ira ni. Ira just dok kat umah, tengok citer kegemaran je la.



Ha!!! Mase sblom cuti, Ira ade tengok satu movie ni. Best sngt.... Dalam movie tu, ade pelakon kegemaran Ira plak tu. Tu yng buat Ira tak kelip mate bile tengok citer tu. Tajuk movie tu THE HUNGER GAMES. Actually, Ira tau yng Ira ni dah ketinggalan zaman sebenarnye. Movie tu dah di tayangkan sejak thun lpas. Sian Ira... Bru je tau citer tu. Ira suke watak Katniss, Peeta and Boy in District 8. Ira tak sabar nak tunggu sambungan citer THE HUNGER GAMES ni. Walaupun Ira tau citer ni diadaptasi drpd novel, Ira lebih suke tengok movie yng dah diadaptasi.

Ni la movie THE HUNGER GAMES

Ni pulak watak yng Ira minat dlm movie ni

Katniss Everdeen(Jenifer Lawrance)


Peeta Mellark( John Hutcherson)


Boy In District 8 ( Samuel Sam)




Okay la ye, Ira nak tido dulu. Ira dah ngantuk. Selamat Malam semua....Ira mungkin akan smbung esok kot. Klu Ira rajin, bru Ira smbung and Ira ingat nk smbung citer Ira yng tergantung tu la...




Thursday, December 22, 2011

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT (Chapter 1)

Hello everyone...I'm back with new story.. Hari ni saya nak buat satu cerita mengisahkan 4 orang sahabat yang terpisah buat waktu yang sangat lama. Mereka terpisah ketika mereka berumur 14 tahun dan mereka adalah kawan karib sejak kecil lagi. Kemudian, mereka telah berjumpa dengan pemuda yang mencintainya dengan sepenuh hati. Tetapi, cinta mereka terhalang atas sebab yang tertentu. Ketika mereka sedang cuba untuk menyelesaikan masalah masing-masing, satu peristiwa telah berlaku. Dan adakah mereka berempat dapat berjumpa semula? Kalau nak tau, bace lah cerita ini sampai habis. Baru tau apa penamatnya... Dan, ketika membaca cerita ni, cuba bayangkan ye. Supaya anda dapat mendalami cerita saya yang tak seberapa ini. Hehehe~~~~


WATAK DALAM CERITA INI

KIM HYO-YEON=(PARK JI KYUNG)


KIM HYUN AH=(KWON SOO WON)


KWON YURI=(SUNG HYE WON)

SON NA EUN=(LEE RAE WOOK)

LEE HONGKI=(HONGKI)

CHOI JONG HYUN=(CHANGJO)


KIM DONGHYUN=(DONGHYUN)

JO KWANGMIN=(KWANGMIN)

HARAPAN EMPAT ORANG SAHABAT
  
          Pada tarikh 06.02.2011 tepat pukul 2:00 p.m, Park Ji Kyung atau nama manjanya Ji Kyung menyambut hari jadinya bersama sahabat karibnya iaitu Sung Hye Won(Hye Won), Kwon Soo Won(Soo Won) & Lee Rae Wook(Rae Wook). Tarikh itu juga adalah tarikh keramat bagi mereka berempat dan hari yang paling menyedihkan pada mereka. Mereka semua terpaksa berpisah dengan Ji Kyung. Hye Won, Soo Won & Rae Wook mendapat tahu berita ini setelah selesai menyambut hari jadi Ji Kyung. Ji Kyung memberitahu mereka bahawa dia akan pergi mengikut keluarganya ke luar negara kerana ibubapa Ji Kyung hendak menguruskan perniagaannya di sana. " Hye Won, Soo Won & Rae Wook, saya terpaksa mengikut ibubapa saya ke Jepun dan kami akan berlepas pada malam ini juga. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya tak sanggup meninggalkan korang. Tapi, saya tak boleh berbuat apa-apa kerana ini adalah keputusan ibubapa saya. Hanya satu sahaja yang saya ingin minta daripada korang sempena hari jadi saya ini, tak susah dan tak perlu menggunakan wang. Saya hanya minta, korang semua tidak melupakan saya dan teruskan cita-cita kita untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti. Dan ingat harapan itu adalah impian dan ia tidak akan pernah tidur. Saya percaya, suatu hari nanti, kita akan berjumpa semula dan ketika itu, kita sedang berdiri di atas pentas sendiri."Kata terakhir Ji Kyung kepada Hye Won, Soo Won & Rae Wook.

Sebulan Kemudian~~

          Semasa waktu rehat, mereka bertiga berehat di pondok yang selalu mereka rehat bersama Ji Kyung. "Hye Won, awak tak rindu ke dekat Ji Kyung?" Rae Wook bertanya kepada Hye Won.
"Ha'a la Hye Won, sejak Ji Kyung tak ada, kita dah tak macam dulu lagi. Kalau Ji Kyung ada, dia akan hiburkan kita dengan lawak jenakanya. Saya pon rindu nak dengar suara  dia." Kata Soo Won kepada Hye Won.
"Siapa yang tak rindu dekat Ji Kyung, saya rindu sangat dekat Ji Kyung. Tiap malam, saya asyik mainkan lagu kegemaran kita yang selalu Ji Kyung nyanyikan untuk kita semasa dia ada disini. Saya juga asyik teringat bayangannya ketika dia berlari mengejar kita sambil berkata"korang, jangan la tinggalkan saya sorang-sorang kat sini" dan apabila kita sedang berbual atau berbincang akan sesuatu perkara, tindakbalas dia hanya"Huh?" & "Saya lapar la". Itu yang membuatkan saya geram kat dia. Tapi, sekarang semua tu tidak akan berulang lagi. Ia hanya tinggal kenangan." Balas Hye Won kepada Rae Wook & Soo Won.
"Harapan adalah impian dan ia tidak akan pernah tidur. Ingat tak ayat tu? Ayat yang selalu Ji Kyung ucapkan pada kita. Di sebalik ayat tu, tersirat makna yang sangat besar. Sebab itu dia sentiasa mengucapkannya pada kita. Hanya kita sahaja yang tidak tahu makna tersirat disebalik ayat itu." Kata Rae Wook sambil menangis. Lonceng telah berbunyi, menandakan waktu rehat telah tamat.

Sewaktu Di Dalam Kelas....
        
          Ketika Hye Won, Soo Won & Rae Wook sedang belajar didalam kelas, Ji Kyung yang sedang belajar di Izumi Chuo High School tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa cikgu sedang mengajar kerana asyik mengelamun mengingatkan kawannya yang berada di Malaysia. Keadaan yang sama juga berlaku pada Hye Won, Soo Won & Rae Wook sehingga lah lamunan mereka berempat terhenti kerana dimarahi oleh cikgu yang sedang mengajar. Hye Won, Soo Won & Rae Wook didenda berdiri diluar kelas manakala Ji Kyung pula didenda berdiri atas kerusi dengan menjunjung sebuah buku yang tebal. Semasa mereka didenda, hanya satu ayat yang sama terlintas difikiran mereka' Harapan Adalah Impian Dan Ia Tidak Akan Pernah Tidur'. Kejadian tersebut telah menjadi pengajaran bagi mereka berempat dan tidak pernah diulangi lagi. 

Setahun Telah Berlalu...

Setahun telah berlalu dengan pantas. Sebulan lagi Hye Won, Soo Won & Rae Wook akan menghadapi peperiksaan besar iaitu PMR. Manakala Ji Kyung pula sedang menunggu keputusan peperiksaannya. Saat ini ialah saat yang paling mendebarkan bagi mereka berempat. Pada masa ini juga, masa depan mereka berempat terletak ditangan masing-masing dengan keputusan yang bakal mereka dapat. Setelah sebulan berlalu, keputusan Ji Kyung mula diumumkan. Dia berasa sangat takut dan saat itu, dia hanya terfikir akan kawan karibnya itu. Nama Ji Kyung mula di sebut oleh guru kelasnya iaitu Puan Iriwasyi. " Park Ji Kyung, keputusan awak sangat memuaskan." Kata Puan Iriwasyi kepada Ji Kyung. Semasa Ji Kyung hendak mengambil keputusannya, dia berasa tidak berjalan diatas bumi yang nyata dan hampir terjatuh kerana terlalu takut.Setelah dia mengambil keputusannya itu, dia terkejut kerana dia mendapat A dalam semua matapelajarannya. Dalam pada masa yang sama, dia berasa sangat gembira. Lagi beberapa bulan, keputusan Hye Won, Soo Won & Rae Wook akan keluar. Sementara menunggu keputusan keluar, Rae Wook telah memberi satu rancangannya kepada Hye Won & Soo Won. " Korang, saya rindu sangat kat Ji Kyung. Apa kata, kalau kita menyertai ujibakat nyanyia bulan depan. Saya dengar, sebuah syarikat daripada Korea akan datang ke Malaysia akan membuat sesi ujibakat di Malysia,China,Korea & Jepun. Saya berharap agar Ji Kyung pun menyertai ujibakat tersebut." Kata Rae Wook kepada Hye Won & Soo Won.

Lima Tahun Kemudian

To Be Continued....


Saturday, March 19, 2011

Hello... I'm Back.... ^_^

Hi... dah lame tak tulis ape-ape kat blog ni...
saya sebenarnye tak tau nk tulis ape...
cuti sklh pun dah nak abes...
pk2 pun dah nak bermula...nk kene baca buku lagi...
Cuti sklh ni lagsung x wt pape pon...
Cume ari khamis ari tu gi jalan-jalan kat tanjung emas & gi kolam air panas..
Hari ni rase cam malas je nk tulis cerita pasal  k-pop atau selainnya...
Hari saya rasa gmbra sngt sbb bru dpt guitar drpd pakcik....
Saya dah dpt guitar, tpi satu je masalah yg saya hadapi selepas dapat guitar tu.
Masalahnye adalah, saya tak reti nk main guitar....
Kesiankn? ish..ish..ish...
Ingat kn senang nk main guitar tu, rupanya susah....
tengok orng main cam senang... T^T
K la... saya dah x tau nk tulis apa...
setakat ni je la dulu. esok atau malam ni saya post lagi..
Ha'a lupe plk pasal cerita yg saya nk wt tu, saya masih x de mase yg sesuai nk wat cerita tu...
Pulak wat masa skrng ni saya masih tak de idea nk wt citer tu...
Sorry la ye...
Ok la... Bye..
Annyeong... ^_^